Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKebudayaan dan Kesenian


 
 
 
 
 
 


Fungsi dan Bidang Tugas Utama


Bertanggung jawab untuk memperkembang dan meninggikan nilai kebudayaan Brunei secara keseluruhannya. Ia dihasratkan untuk bertindak sebagai jentera penggali segenap akar umbi dan sumber kebudayaan Brunei dan juga selaku media atau agensi pengembang kebudayaan tersebut di samping menjamin pelaksanaan prinsip asasnya iaitu konsep negara Melayu Islam Beraja.

Bagi melaksanakan dasar di atas, Bahagian ini terus menerus menjalankan kegiatan-kegiatan berikut:

  • Kajian dan penyelidikan
  • Pendokumentasian dan penerbitan
  • Persembahan Kebudayaan
  • Seminar, bengkel, ceramah dan kursus
  • Rakaman
  • Pameran
  • Khidmat nasihat dan bantuan kewangan

Disamping itu Bahagian ini juga ada menyediakan khidmat-khidmat dari segi seni tari dan muzik seperti berikut :-

  • Rakaman kaset, video dan cakera padat lagu-lagu dan tarian-tarian Brunei
  • Peminjaman Pakaian-Pakaian Tradisi
  • Peminjaman Peralatan Muzik Tradisi
  • Memohon Tenaga Pengajar bagi Seni Tari Tradisi Brunei
  • Memohon Tenaga Pengajar bagi Permainan Muzik Tradisi
[ atas ]