Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPentadbiran dan Kewangan

 
 
 
 
 
 


Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Kementerian termasuk pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan dan penilaian prestasi. Bahagian ini juga bertindak selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan, Lembaga Tawaran Kecil Kementerian, Jawatankuasa Perkembangan Sumber Manusia, Jawatankuasa Teknologi Maklumat, Lembaga Perjawatan dan tatatertib dan Jawatankuasa Sebutharga.

Matlamat


Memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber tenaga manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di Kementerian ini dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Fungsi


  • Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesannya.
  • Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam Kementerian.
  • Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja bagi mencapai kecemerlangan.
  • Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, sistem failing, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.