Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLogo Hari Kebangsaan

HK34.JPG

Logo terdiri daripada empat elemen utama, iaitu tujuh bintang berwarna kuning, tangan yang menadah, angka 35 dalam bentuk peta Negara Brunei Darussalam dan lingkaran anak panah yang menuju ke panji-panji negara. Empat elemen utama ini melambangkan Negara Brunei Darussalam mempunyai empat daerah yang sama-sama bersatu dalam pembangunan negara.


Puak.jpg

Tujuh biji bintang bersinar membawa maksud tujuh puak Melayu Brunei yang bersatu berperanan menjayakan Wawasan Negara 2035. Tujuh puak ini merupakan puak jati yang menjadi teras kepada pembangunan negara bangsa yang berdaulat dan merdeka.


logohk34_1.png
Tangan yang menadah membawa konotasi bahawa doa ialah senjata orang Mukmin. Negara Brunei Darussalam akan sentiasa menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang berusaha terus- menerus menjadi sebuah Negara Zikir yang mengamalkan hidup beragama dan bernegara di bawah naungan Allah Subhanahu Wa Taala. Tangan-tangan rakyat dan penduduk juga mendoakan dan menyokong kepimpinan raja yang melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah.
Aksara.jpg

Angka 35 dalam tulisan rumi dan tulisan jawi yang berbentuk peta Negara Brunei Darussalam menunjukkan bahawa negara sudah 35 tahun merdeka. Merdeka mensahihkan bahawa kita mandiri mentadbir atas darat, laut dan udara.

logohk34_3.png

Anak panah bulat berbentuk bulat mempunyai gradien warna biru kuning dan merah yang menghala ke panji-panji ini membawa maksud segenap generasi merangkumi semua ejen pembangunan negara sama-sama menuju ke satu matlamat, iaitu untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035. Kesatuan dalam mencapai matlamat wawasan negara ini dilihat secara "Whole-of-nation Approach", bersatu untuk mencapai matlamat yang murni dan tulus.