Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
NBT BRUNEI JUARA KATEGORI PERARAKAN KAPAL-KAPAL BERHIAS

DSC_2325.JPG

DSC_2342.JPG

DSC_2334.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abd Ghani – Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Disember 2017 - NBT Brunei Sendirian Berhad diumumkan sebagai johan bagi Kategori Perarakan Kapal-Kapal Berhias sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.  

Naib johan disandang oleh Telekom Brunei Berhad, sementara tempat ketiga ialah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Kategori Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu Berhias disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta, berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Bagi Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias pula dijuarai oleh Kementerian Pembangunan, naib juara ialah China State Construction and Engineering Corporation dan tempat ketiga ialah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sementara itu, bagi Kategori Kenderaan / Kereta Berhias juga dijuarai oleh Kementerian Pembangunan diikuti tempat kedua ialah Autoriti Monetari Brunei Darussalam dan tempat ketiga ialah JPM.

Juara bagi Pertandingan Basikal Berhias Perseorangan ialah Awang Haji Mohadi bin Pengarah Haji Basi, tempat kedua ialah Awang Haji Sohaili bin Haji Mohidi dan tempat ketiga ialah Dayang Hajah Mas Lailawati binti Haji Mohidi.

Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Kategori Kenderaan / Kerita Berhias dan Pertandingan Basikal Berhias Perseorangan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyampaikan hadiah kepada hadiah saguhati dan sijil-sijil penghargaan kepada para peserta.

Dalam Kategori Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias, sejumlah 38 penyertaan perarakan kapal dan perahu tersebut terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan, majlis-majlis perundingan mukim dan kampung Negara Brunei Darussalam.

Manakala dalam Kategori Perarakan Kenderaan / Kereta Berhias, sebanyak 37 kereta berhias dan 11 basikal berhias yang dipertandingkan terdiri daripada 14 penyertaan kementerian-kementerian, empat penyertaan daerah-daerah, dua penyertaan pengajian tinggi, 16 penyertaan syarikat swasta dan 11 penyertaan Basikal Berhias Perseorangan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Attachments
Created at 12/6/2017 12:45 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/6/2017 12:45 PM by Lee Chin Foo