Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PARAS AIR BANJIR DAERAH TUTONG TERKAWAL

‚ÄčB-4-300x211.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan

Foto:  Ihsan Jabatan Daerah Tutong 

TUTONG, Selasa, 26 Disember 2017 - Berikutan kejadian hujan lebat sejak 20 Disember 2017 menyebabkan paras air naik di kawasan pedalaman Daerah Tutong khususnya di Kampung Benutan.

Kesan daripada paras air naik di kawasan  berkenaan juga menyebabkan beberapa buah kampung, iaitu Kampung Rambai, Kampung Kuala Ungar, Kampung Panchong, Kampung Layong dan Kampung Penapar telah dilanda banjir disebabkan turunan air sungai daripada kawasan pedalaman yang menyebabkan beberapa buah rumah telah dimasuki air dan beberapa batang jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan biasa dan pacuan empat roda.

Sehubungan itu, Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat mengadakan pemantauan situasi banjir di Daerah Tutong dan seterusnya mengadakan lawatan ke kampung-kampung yang terjejas oleh banjir termasuk kawasan Kampung Penapar, Jalan Belunu Kampung Layong, Kolam Tekungan Kuala Abang Layong dan Balai Bomba Lamunin pada pagi tadi.

Turut hadir, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dari agensi-agensi berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain semasa berucap pada Sidang Media Pemantauan Keadaan Banjir di daerah ini di Bilik Mesyuarat, Jabatan Daerah Tutong, berkata, sejak kejadian hujan lebat berkenaan, pihak Jabatan Daerah Tutong telah pun membuat penyelarasan bantuan serta pemantauan bersama agensi-agensi keselamatan di Daerah Tutong serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di kawasan kampung yang terjejas dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan aset-aset bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan seperti enam perahu Temuai; Pengangkutan menggunakan truk dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Dewan-Dewan Kemasyarakatan dan juga flat-flat penempatan sementara; Dewan Kemasyarakatan Kampung Layong; Dewan Kemasyarakatan Kampung Tanjong Maya; Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong; Dewan Masjid Kampung Tanjong Maya dan Flat Jabatan Daerah Tutong.

Jelasnya, keadaan paras air banjir adalah masih dalam keadaan terkawal dan pemantauan paras air banjir hari ini di beberapa kawasan yang terjejas telah mula menurun dan beberapa jalan raya, iaitu Jalan Kampung Panchong dan Jalan Panchong - Kuala Ungar telah dapat dilalui oleh penduduk-penduduk kampung.

Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei juga sentiasa mengadakan rondaan di jalan-jalan kawasan banjir bagi memastikan keselamatan kenderaan penduduk-penduduk kampung yang diletakkan di bahu jalan. Selain itu, papan-papan tanda dan kon polis juga dipasang di sepanjang jalan yang dilanda banjir.

Tambahnya, setakat ini sebanyak dua kenderaan truk dari Batalion Ke-2 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah ditempatkan di dua lokasi jalan terjejas bermula kelmarin, iaitu di Jalan Belunu Kampung Layong dan hari ini di Simpang Empat Kampung Panchong / Kuala Ungar / Rambai bagi membantu penduduk-penduduk kampung yang memerlukan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

"Dalam kesempata itu  juga, pihak jabatan mengingatkan kepada para penduduk kampung dan orang ramai supaya  sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa musim banjir  dan sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak bermain di kawasan banjir bagi keselamatan bersama.

Pihak Jabatan Daerah bersama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dan penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung akan sentiasa membuat pemantauan perkembangan paras air banjir dari semasa ke semasa," ujarnya.

Attachments
Created at 12/27/2017 4:14 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/27/2017 4:21 PM by Lee Chin Foo