Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KEMERIAHAN RIADAH BERBASIKAL HBK 2018 DIKONGSI SAMA

‚ÄčRiadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-2.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Ak Hussni Bin Pg Hassan - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 September 2018 - Riadah Berbasikal Hari Belia Kebangsaan (HBK) 2018 membuktikan bukan hanya sekadar aktiviti kesihatan diri, malah mampu menyatupadukan perpaduan daripada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Semangat kesukanan yang tinggi dan penglibatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan baginda sebagai ikon dalam menjana dan menggerakkan aktiviti sukan untuk sama-sama mempraktikkan ke arah kehidupan bergerak aktif dan sihat.

 

Begitu juga penglibatan yang ditunjukkan daripada paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain bersama-sama berkenan turun padang dalam memeriahkan riadah berkenaan.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Acara tersebut turut disertai oleh Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, para jemputan, para belia dan orang ramai termasuk warga asing.

 

Upacara pelepasan riadah berbasikal bermula sejurus air horn dibunyikan oleh Penyelaras Riadah Berbasikal HBK 2018, Dr. Nuriskandar bin Hasnan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mendahului riadah berbasikal sejauh 11.490 kilometer mengelilingi pusat Bandar Seri Begawan dan melintasi jalan-jalan utama, antaranya Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien; Jalan Kianggeh;

Jalan Sekolah; Jalan Kumbang Pasang; Jalan Perdana Menteri; Jalan Haji Basir; Jalan Sultan dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menyaksikan perbarisan lintas lalu daripada lebih 50 peserta belia berbasikal yang terdiri daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Pusat Pembangunan Belia, Alumni Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun dan belia-belia perseorangan.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Selain riadah berbasikal, Kebawah DYMM berkenan menyaksikan secara lebih dekat lagi kemeriahan Festival Belia yang diadakan di dalam Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Riadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-6.JPG

Festival Belia bertemakan 'Belia Sayang Raja' dikelolakan oleh belia-belia daripada kelab-kelab, persatuan-persatuan, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sektor swasta dan perseorangan.

 

Tema ini merupakan salah satu cara manifestasi rasa cinta mereka kepada raja kepada raja dan sayang kepada

 negara daripada para belia di negara ini.

 

Lebih daripada 35 aktiviti menarik diadakan mengikut zon-zon yang disediakan, iaitu Zon Kreativiti, Zon Sukan dan Zon Kanak-Kanak.

Riadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-7.JPG

 Antara aktiviti-aktiviti termasuklah Klinik Al-Fatihah Majlis Perwakilan pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); permainan gulintangan gabungan  daripada Orkestra Gulintangan Varsiti Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Kulimpapa Orkestra; nyanyian medley Jongsarat, Kampong Ayer dan Dang Mengalai daripada Koir UBD; persembahan tarian tradisional daripada Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2016-2017 dan 2017-2018; aktiviti pendidikan kanak-kanak daripada PAZ Tarbiyyah Islamic Enrichment Centre dan Kindykare; permainan kanak-kanak; 'graffiti art' daripada Guerrilla Artchitects; lukisan daripada Collective Art Events dan Art & Creative Alumni Guild Siswazah UBD; 'agriculture' daripada Madgrowtech; 'amazing race'; 'face painting'; Brunei Motocross Showcase; permainan ragbi daripada Kesatuan Ragbi Brunei Darussalam; silat daripada Persatuan Seni Silat Cengkaman Harimau Ghaib dan yang lain; persembahan parkour; calisthenics daripada Gym

Primal Performance dan persembahan latihan fizikal daripada DG Fitness dan Jurulatih Jasmani Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan sebagainya.

 

Pameran-pameran daripada Alumni-alumni Belia; NGOs; Institusi-institusi Pengajian Tinggi seperti UBD, UNISSA, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei dan individu juga mengambil bahagian pada festival tersebut.

 

Para pengunjung festival juga dihiburkan dengan persembahan paluan alat-alat muzik yang bertenaga daripada kumpulan Hundred Beats.

 

Selain aktiviti-aktiviti itu, para peniaga kecil dan sederhana yang biasanya berniaga di Bandarku Ceria setentunya tidak melepaskan peluang untuk berjaja pada hari tersebut.

 

Riadah Berbasikal HBK 2018 adalah acara yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)

bersama-sama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU); Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan;

Kementerian Pendidikan; Kementerian Perhubungan; penglibatan semua kementerian lain dan Persekutuan Basikal Brunei Darussalam.

 

Ia juga memperlihatkan sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan

sektor sosial lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan berterusan, khususnya sukan berbasikal yang kini diiktiraf sebagai Hobi Negara.

 

Kejayaannya mencerminkan bagaimana pendekatan keseluruhan negara (Whole of Nation Approach) yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat, termasuk pihak bukan kerajaan atau NGOs adalah sangat efektif dan

berkesan, apatah lagi jika diguna pakai dalam menjayakan program-program pembangunan negara.

 Riadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-4.JPG

Riadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-5.JPG

Riadah berbasikal ini merupakan salah satu acara sampingan bagi memeriahkan lagi Sambutan HBK Kali Ke-13 yang disambut pada 1 Ogos 2018 lalu.

 

Di samping itu, ia juga salah satu platform untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan belia serta

menggalakkan para belia untuk mengikuti acara sukan yang diminati dan menjauhi aktiviti terlarang serta mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, terutama golongan belia yang akan menjadi peneraju pada masa akan datang.


Attachments
Created at 9/3/2018 2:09 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/3/2018 2:17 PM by Lee Chin Foo