Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MENYUNTIK SEMANGAT PELATIH PKBN

140319-PKBN Tamat Latihan (4).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan 

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


TEMBURONG, Khamis, 14 Mac 2019 – Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), program khas pembangunan belia kebangsaan yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri ke arah ketahanan dan kekuatan mental, fizikal dan kerohanian mengikut lunas-lunas budaya, kenegaraan dan agama.

140319PKBN-pkbn.jpg

Para pelatih PKBN diterapkan dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan semangat keusahawanan untuk menjadikan mereka sebagai individu dan golongan yang prihatin akan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling, di samping mempunyai keyakinan diri, semangat berdikari dan berusaha gigih bagi mendapat kecemerlangan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, bagi meninjau perkembangan para pelatih PKBN, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-8 yang diadakan di Padang Kawad PKBN, Kem Latihan PKBN Batu Apoi, di sini.

140319-PKBN.Arrival of HM.jpg

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Padang Kawad PKBN, Kem Latihan PKBN Batu Apoi dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail.

140319PKBN-Signing.jpg

Mengiringi keberangkatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

Terdahulu, upacara dimulakan dengan hormat diraja disusuli dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Sejurus itu, baginda berkenan memeriksa Barisan Hadapan Kawalan-Kawalan Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-8 yang terdiri daripada seramai 388 pelatih iaitu 246 pelatih lelaki dan 142 pelatih perempuan.

Seterusnya Ketua Perbarisan melapor menjunjung perkenan Kebawah DYMM bagi Perbarisan Tamat Latihan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta selepas itu, Perbarisan Tamat Latihan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula.

Selepas itu, baginda seterusnya berkenan mengurniakan titah dan kemudiannya berkenan menganugerahkan bagi Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan, Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan, Pelatih Lelaki Terbaik Kawad, Pelatih Perempuan Terbaik Kawad, Pelatih Lelaki Terbaik Latihan Jasmani dan Pelatih Perempuan Terbaik Latihan Jasmani.

140319-PKBN Tamat Latihan (9).jpg

140319PKBN-HM present trophy.1.jpg

Penerima anugerah bagi Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan ialah 12226 Awang Mohammad Aiman Azizi bin Awang Kamal (Platun 3); Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan, 12175 Dayang Nur Marsya binti Mohd. Rashidi (Platun 1); Pelatih Lelaki Terbaik Kawad, 12026 Awang Muhammad Muazam bin A. Rahman (Platun 3); Pelatih Perempuan Terbaik Kawad, 11909 Dayang Syahirah binti Awang Muhamad (Platun 2); Pelatih Lelaki Terbaik Jasmani, 12106 Awang Abdul Azim Mohamed @ Abdul Haziq bin Abdullah (Platun 4) dan Pelatih Perempuan Terbaik Jasmani, 12218 Dayang Siti Norhalizah binti Herman (Platun 1).

Sejurus selesai mengurniakan anugerah, sembah 'Daulat' dilaungkan sebanyak tiga kali oleh para Pelatih PKBN yang berjaya menamatkan program latihan mereka. Kemudian upacara diteruskan dengan Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Keugamaan PKBN, Awang Abdul Qaiyum bin Haji Metussin.

Baginda seterusnya dijunjung berangkat ke Ruang Legar, Blok 1, Kem Latihan PKBN bagi menyaksikan pameran mengenai Pertanian Hidroponik oleh Lepasan Pelatih 11080 Awang Mohamad Akmal Asmaan bin Haji Asmali, PKBN Pengambilan Ke-5.

Awang Mohamad Akmal Asmaan mula berkecimpung dalam pertanian hidroponik pada tahun 2014 dan pada tahun 2018, beliau menubuhkan Syarikat Akmal Asmaan Agro Farm di Lot A, Kawasan Kemajuan Pertanian Betumpu yang mana syarikat tersebut menanam pelbagai sayur-sayuran melalui kaedah hidroponik dan sistem fertigasi.

140319-PKBN Tamat Latihan (14).jpg

Baginda seterusnya dijunjung menyaksikan pameran Pusat Masyarakat Bestari, yang mempamerkan produk-produk tempatan yang dihasilkan oleh ahli-ahli pusat berkenaan seperti Parang, Tongkat, Madu Kelulut. Pusat Masyarakat Bestari merupakan Pusat Kegiatan Warga Emas bagi Daerah Temburong yang ditempatkan sementara di bawah satu bumbung dengan bangunan Kem Latihan PKBN. Pusat ini dipengerusikan oleh Awang Haji Zaidi bin Haji Tahir dengan keramaian ahli warga emas lebih 40 orang.

Kebawah DYMM kemudian dijunjung berangkat ke Bilik Tetamu 1, Blok 1, Kem Latihan PKBN bagi Santap Ringan dan seterusnya berkenan berangkat ke Dewan Serbaguna Blok 4, Kem Latihan PKBN bagi menandatangani Lembaran Kenangan sempena keberangkatan baginda dan berkenan menerima sebuah pesambah yang disembahkan oleh Pengarah BKBN.

Seterusnya, baginda juga berkesempatan beramah mesra bersama pelatih dan ibu bapa serta penjaga Pelatih PKBN Pengambilan Ke-8 di Dewan Kuliah diikuti sesi bergambar ramai bersama para pelatih sebelum berangkat meninggalkan majlis.

140319-PKBN Tamat Latihan (18).jpg

140319-PKBN Tamat Latihan (25).jpg

Keberangkatan Kebawah DYMM ini menunjukkan bukti keprihatinan baginda terhadap perkembangan belia di Negara Brunei Darussalam terutama kepada para Pelatih PKBN ini.

Di samping itu juga ia menyuntik semangat para pelatih untuk terus aktif memainkan peranan sebagai belia yang berdikari, berdisiplin, berwawasan, berhemah, bertaqwa, dan syumul dan terus menerus aktif mengaplikasikan apa yang dipelajari sepanjang program setelah tamat menjalani PKBN agar dapat menabur bakti dan meningkatkan rasa cinta serta pengorbanan terhadap negara, bangsa dan agama sesuai dengan hasrat penubuhan PKBN. 

PKBN adalah aspirasi Kerajaan Kebawah DYMM dan menjadi suatu keperluan bagi negara untuk melahirkan belia cemerlang selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara serta untuk mewujudkan belia yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Sejak PKBN ini ditubuhkan, PKBN telah mengeluarkan seramai 2,537 Alumni PKBN dan ini termasuk jumlah Alumni PKBN bagi Pengambilan Ke-8 PKBN yang bermula 2 Disember 2018 dan berakhir pada 14 Mac 2019. 

Pelatih PKBN Pengambilan Ke-8 ini telah menjalani latihan selama 103 hari dan dilatih oleh 140 Penyelia, Jurulatih, Pegawai Perubatan, dan Pengendali yang telah dipinjamkan daripada ABDB, PPDB, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Outward Bound Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), dan sukarelawan profesional yang dibantu oleh Alumni PKBN bagi sama-sama menjayakan PKBN ini.

Program dan aktiviti yang dikendalikan dihasrat dapat menggalakkan dan mendorong para pelatih untuk memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.

140319PKBN-grp photo.jpg

Attachments
Created at 3/16/2019 12:56 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/16/2019 10:26 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan