Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
LEBIH 30 RIBU ORANG PESERTA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (13).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali (KKBS) & Infofoto (Penerangan)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2020 - Kita panjatkan kesyukuran atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, negara kita, Brunei Darussalam dapat mengecapi nikmat sebuah kemerdekaan ke-36 tahun dalam suasana aman-damai lagi harmoni pada tahun ini.

Justeru, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara menjadi saksi bagi kemeriahan suasana Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam apabila saban tahun kita raikan dengan melaungkan Allahu Akbar seperti lafaz yang dilaungkan oleh paduka ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien pada detik kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 yang telah lalu.

Setentunya, setiap 23 Februari takkan luput dalam ingatan kita selaku warganegara malah menyambutnya dengan penuh semangat patriotik demi negara yang kita cintai dan dari itu, para peserta perbarisan dan persembahan seramai lebih 30 ribu orang peserta begitu teruja sejak awal pagi lebih-lebih lagi untuk mempersembahkan kehadapan majlis Raja yang dikasihi dan demi negara yang tercinta.

Seorang pemimpin negara yang berjiwa rakyat juga teruja bercemar duli bersama rakyat dan penduduk negara ini untuk sama-sama menyambut detik 23 Februari ini dan begitu juga paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM ; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (7).jpg

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Sejurus keberangkatan tiba Kebawah DYMM berserta kerabat Diraja yang lain di perkarangan Pentas Diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

 23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (11).jpg

Setelah Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan, Kebawah DYMM seterusnya dijunjung bagi memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan , yang terdiri daripada anggota ABDB dan PPDB, yang diketuai oleh Pemerintah Perbarisan Kawalan Kehormatan, 581 Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin.

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (14).jpg

Upacara perbarisan lalu Hari Kebangsaan Ke-36 kali ini dimeriahkan dengan penyertaan paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berserta kerabat Diraja yang lain bagi pasukan kontinjen negara ke Sukan Asia Tenggara ke-30 di Republik Filipina tahun lalu dengan pencapaian terbaik negara di pesta sukan antarabangsa bagi sejarah SEA Games negara kita.

 23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (27).jpg

Lebih 25 ribu orang peserta menyertai perbarisan lalu mewakili 161 pasukan yang didahului pasukan Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam; Pembaca Ikrar;  Pembawa Bendera Brunei Darussalam Bendera Logo Hari Kebangsaan serta pasukan-pasukan lain mengikut Kluster masing-masing iaitu 17 pasukan dalam Kluster Keamanan Negara ; empat pasukan bagi Kluster Masyarakat Bestari ; Kluster Perkhidmatan Awam sebanyak 21 pasukan ; 22 pasukan dalam Kluster Sosio-Ekonomi ; Kluster Pendidikan Pasca Menengah seramai 15 pasukan ; Kluster Pendidikan Menengah sebanyak 35 pasukan ; Kluster Pendidikan Swasta sembilan buah ; Kluster Takmir Masjid lima buah pasukan ; Kluster Persatuan Profesional empat pasukan ; Kluster Pergerakan Belia sebanyak lima pasukan ; Kluster Pergerakan Wanita tiga pasukan ; dua pasukan dalam Kluster Persatuan Sukan ; Kluster Persatuan Umum sebanyak 11 pasukan ; empat pasukan bagi Kluster Masyarakat Umum dan sebuah pasukan bagi Kluster Pasukan Generasi Belia Berwawasan yang juga mengakhiri acara perbarisan sambutan.

 23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (3).jpg

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (20).jpg

230220-HK-36.infofoto.5.jpg

230220-HK-36.infofoto.1.jpg

Seramai 36 peserta membacakan lafaz ikrar Hari Kebangsaan Ke-36 di mana diketuai oleh guru di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli dan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin pula memimpin bagi laungan takbir sebanyak tiga kali.

Upacara juga disemarakkan dengan segmen persembahan Alun Genderang seramai 936 orang peserta yang terdiri daripada gabungan Pancaragam Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pancaragam Kadet Polis Diraja Brunei, belia-belia, pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab dan pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (26).jpg

Sementara itu, persembahan Tema 'Menjayakan Wawasan Negara' dengan melibatkan keramaian 7,336  peserta yang mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara termasuk belia mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi pengajian tinggi.

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (5).jpg

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM juga sempat merakamkan kenangan bermesra dan menerima junjung ziarah daripada para peserta upacara sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Ternyata penyertaan seluruh lapisan rakyat dan penduduk termasuk warganegara asing yang berkhidmat di negara ini bersatu di bawah satu naungan seorang pemimpin yang berdaulat meskipun berlainan latar belakang, bahasa, budaya dan agama sekali gus mencerminkan kita telah mengecapi satu perpaduan yang begitu harmoni.

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (1).jpg

23.02.20.Hari Kebangsaan-36 (2).jpg

230220-HK-36.infofoto.7.jpg

Attachments
Created at 2/25/2020 11:12 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/25/2020 11:13 AM by Lee Chin Foo