Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PKBN MAMPU CORAK BELIA MODAL INSAN BERKUALITI

120320-Tamat Latihan PKBN Ke-9 (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS) & Infofoto (Penerangan)

 

TEMBURONG, Khamis, 12 Mac 2020 – Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) mampu untuk mencorakkan para belia menjadi modal insan yang berguna malah berkualiti.

Namun usaha masih sahaja perlu ditingkatkan bagi para lepasan membuktikan kebolehan mereka selepas latihan, dan kebolehan itu meliputi cekap melaksanakan pekerjaan dan berjaya di bidang pengajian.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menggariskan mengenai perkara itu pada Upcara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Ke-9 yang berlangsung di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, pagi tadi.

 120320-Upacara Tamat Latihan Pengambilan Ke-9.infofoto.3.5.jpg

Setakat ini, baginda difahamkan bahawa lebih 65 peratus lepasan PKBN telah berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Sehubungan itu, baginda juga ingin melihat Jawatankuasa Lembaga dan Jawatankuasa Kerja Khidmat Bakti Negara sewajarnya patut turut memastikan yang para alumni PKBN sentiasa terlibat dengan khidmat bakti terhadap masyarakat.

Sifat masyarakat adalah suka kepada perubahan di mana para belia merupakan agen kepada perubahan itu, oleh itu Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut mengingatkan agar para belia perlulah menyedari akan perkara ini.

"Kerana matlamat latihan bukan hanya setakat membangun belia, tetapi belia yang dibangun itu adalah juga wira yang sanggup turun ke gelanggang bersama masyarakat. Turun ke gelanggang ini bukanlah menunggu musim tetapi bila-bila masa sahaja selaku kewajipan," tegas baginda lagi.

120320-Tamat Latihan PKBN Ke-9 (4).jpg

120320-Upacara Tamat Latihan Pengambilan Ke-9.infofoto.2jpg.jpg

Sepuluh tahun melangkah sejak Projek Rintis Pertama, PKBN sudah pun boleh dianggap matang untuk membangun sebuah masyarakat belia yang progresif yang mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi negara, serta membantu memperkukuh ketahanan nasional selaras dengan matlamatnya.

Oleh demikian, baginda juga berharap ia bukanlah igauan tetapi suatu perkara yang boleh menjadi kenyataan dengan syarat para belia tidaklah boleh patah semangat untuk meraih kecemerlangan.

Terdahulu, Kebawah DYMM bertitah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua 393 orang pelatih PKBN Pengambilan Ke-9 atas kejayaan mereka mengikuti latihan selama tiga bulan dengan penuh kesungguhan.

Kejayaan mereka ini jelas baginda lagi, tidak syak ialah hasil daripada titik peluh masing-masing serta kerjasama padu daripada pelbagai pihak khususnya para jurulatih, lebih-lebih lagi berkat doa ibu bapa dan penjaga selaku pendorong dan penyuntik semangat yang sangat berjasa.

Attachments
Created at 3/14/2020 3:17 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 3/17/2020 10:27 AM by Lee Chin Foo