Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SISTEM E-PERPUSTAKAAN

Pengenalan (Tekan untuk pdf) 

Dewan Bahasa dan Pustaka ingin memperkenalkan kepada orang ramai iaitu sistem E-Perpustakaan bagi memudahkan pencarian dan menempah buku secara online. Selain daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, sistem ini juga boleh digunakan untuk mencari bahan-bahan bacaan yang terdapat di Perpustakaan Khusus di agensi-agensi kerajaan seperti Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Muzium-muzium Brunei dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sistem E-Perpustakaan memudahkan orang ramai mengetahui mengenai bahan yang terdapat di perpustakaan awam di seluruh negara. Perpustakaan khusus di agensi-agensi kerajaan pula memudahkan para pegawai dan kakitangannya mencari dan mendapatkan item di perpustakaan khusus masing-masing dengan cepat dan mudah.

Sistem ini juga telah di intergasikan dengan aplikasi BookMyne yang boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play atau Apple Apps Store. Selain daripada itu, sistem ini dilengkapi dengan kemudahan E-BOOK yang boleh digunakan secara PERCUMA dengan jumlah koleksi lebih 30,000 bahan bacaan dari pelbagai bidang dan hanya boleh di akses oleh ahli-ahli perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.

Pendaftaran Keahlian adalah secara PERCUMA dan awda boleh datang ke mana-mana Kaunter Peminjaman Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka atau mendaftar secara Online di https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/

Sebarang Pertanyaan, awda bolehlah menghubungi ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan di talian 2235501 atau emel kepada perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn

 

Disediakan oleh

Unit Promosi

Bahagian Perpustakaan

Dewan Bahasa dan Pustaka


‚Äčelibrary.PNG

Sila imbas bar code diatas untuk pautan.

Attachments
Created at 1/14/2019 10:01 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 1/14/2019 12:06 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan