Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MKOKU ADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi (Penerangan)

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman (KKBS)

 

BERAKAS, Jumaat, 8 Januari 2021 - Selaku sebuah pertubuhan / badan bukan kerajaan, Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) merupakan sebuah badan induk dan satu-satunya suara rasmi bukan kerajaan mewakili Persatuan-persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam antara lain memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat perihal hak, keperluan dan kehendak OKU.

Malahan, ia juga untuk menyusun program-program bersepadu meliputi latihan dan pembelajaran, bimbingan dan tunjuk ajar, penyelidikan dan kajian, penerbitan, bakat dan hasil kerja serta karya untuk kepentingan dan juga peningkatan untung nasib OKU.

08.01.21- MajlisMakan Malam MKOKU (5).jpg

Sehubungan itu, MKOKU mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan (Annual Dinner) Tahun 2020 yang berlangsung di Restoran Emperor's Court, Manggis Mall adalah sebagai satu usaha MKOKU dalam memantapkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di antara persatuan-persatuan di bawah naungannya dan rangkaian kerjasama pihak-pihak bertanggungjawab serta berkepentingan dalam menanai dan memeduli golongan OKU.

08.01.21- MajlisMakan Malam MKOKU (6).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa berucap pada majlis tersebut antara lain menyentuh pendekatan 'Whole of Nation Approach' yang melibatkan tidak hanya di peringkat kerajaan, bahkan di peringkat pertubuhan / badan bukan kerajaan dan sektor swasta dalam menyantuni dan tampil menyokong usaha-usaha yang sedia ada dan usaha-usaha yang akan dirancang bagi memperjuangkan kesejahteraan OKU di negara ini.

Terdahulu sebelum itu, Yang Di-Pertua MKOKU, Dato Paduka Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab dalam kata alu-aluannya menyatakan majlis makan malam tersebut merupakan julung-julung kali diadakan yang mencerminkan satu inspirasi untuk bertolak ke satu peringkat yang lebih mantap dan cekal yang melibatkan seluruh anggota OKU dan persatuan-persatuan yang bergabung.

Sejak MKOKU didaftarkan pada 21 Mei 2016 menurut ceraian (3) Bab 8 dari Akta Pertubuhan Penggal 203, sembilan persatuan telah bergabung di bawah payung MKOKU terdiri dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Society for the Management of Autism Related Issues in Training, Education and Resources (SMARTER); Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA); Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD); Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP); Persatuan Sindrom Down (ABLE); Brunei Darussalam Association for the Blind (BDNAB); Persatuan Paraplegic and Physically Disable Association (PAPDA) dan Learning Ladders Society (LLS).

Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta wakil-wakil daripada Persatuan-persatuan OKU yang bergabung di bawah payung MKOKU.


08.01.21- MajlisMakan Malam MKOKU (1).jpg

08.01.21- MajlisMakan Malam MKOKU (2).jpg

Attachments
Created at 1/9/2021 8:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/11/2021 9:44 AM by Lee Chin Foo