Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MANGSA KEJADIAN KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN

Siaran Akhbar:Jabatan Pembangunan Masyarakat

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Februari 2021- Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada mangsa kejadian kebakaran rumah yang terjadi pada 30 Januari 2021 di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri, Daerah Brunei dan Muara menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini, di Bilik Kunjungan, Bangunan KKBS.

06.02.21-Bantuan Kewangan Mangsa Kebakaran (3).jpg

06.02.21-Bantuan Kewangan Mangsa Kebakaran (1).jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada Awang Haji Ismail bin Abdul Kadir, ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di STKRJ Kampung Lambak Kiri.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 1.30 petang pada 30 Januari 2021 yang lalu telah meranapkan induk rumah tingkat atas dan menyebabkan kerosakan di rumah Tingkat Bawah akibat terkena air. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat memberikan bantuan segera ke rumah berkenaan pada hari kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pemberian bantuan kewangan tersebut adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana bagi meneruskan kehidupan seharian.

Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 2/8/2021 10:53 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/8/2021 11:22 AM by Lee Chin Foo