Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HASHTAG GERGASI #NBD37 DILANCARKAN

‚Äč



DSC_4505.jpg

Oleh : Haniza Abdul Latif / 

Foto : Ajijah hj Ali


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Februari. - Seramai 80 artis, termasuk artis jemputan terlibat mengendalikan Hashtag Gergasi #nbd37 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-37, Tahun 2021.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Hashtag Gergasi #nbd37 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-37, Tahun 2021, berlangsung di Open Plaza, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini, disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melengkapkan warna lukisan, di salah satu 'hashtag' tersebut, seterusnya menyaksikan lima buah Hashtag Gergasi #nbd37 lain yang dipamerkan.

 

Tema-tema Hashtag Gergasi #nbd37, pada tahun ini, mempunyai tema-tema tersendiri masing-masing, mencerminkan suasana NBD dan laluan perjalanan kehidupan yang dihadapi pada masa ini, juga komitmen negara di arena antarabangsa.

 

Hashtag pertama bertemakan 'Brunei's Comic and Illustrations', direka oleh artis komik dan artis ilustrasi juga artis jemputan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, manakala Hashtag kedua mempunyai dua tema, iaitu 'ASEAN Flowers', rekaan Penuntut-penuntut Sekolah YSHHB dan artis jemputan dari Pusat Bahagia; dan 'ASEAN Colours - Graff Element', rekaan Guerrilla Artchitects.

 

Sementara itu, Hashtag ketiga bertemakan 'We Are Brunei Darussalam', yang direka oleh artis seni halus dari 20:21 Art ExhibitionArtis dan artis jemputan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

 

Hashtag keempat bertemakan 'Brunei Recycled Art', rekaan pelbagai artis dalam bidang seni dan artis jemputan dari Persatuan Sindrom Down Brunei Darussalam (ABLE Brunei), manakala Hashtag kelima bertemakan 'COVID-19 Awareness', yang direka oleh Pereka Grafik dari Justbruniens dan artis jemputan dari ABLE Brunei.

 

Bagi Hashtag keenam pula bertemakan 'Graffiti Modern Art', yang direka oleh artis grafiti dari Guerrilla Artchitects dan artis jemputan dari Pusat Bahagia.

 


Attachments
Created at 2/17/2021 11:13 AM by Pg Md Aziman Zul Husni Bin Pg Hj Md Hussin
Last modified at 2/17/2021 11:13 AM by Pg Md Aziman Zul Husni Bin Pg Hj Md Hussin