Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SMARTER sambut WAAD Ke-11

‚Äč

GP_LitItBlue.jpg


Sumber Berita: Pelita Brunei


Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim [Jabatan Penerangan] 

Foto : Hajah Ajijah Hj Ali [KKBS]



BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 April. - SMARTER Brunei telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (WAAD) Ke-11 berlangsung di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sempena sambutan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan melancarkan 'Light It Up Blue'.

Terdahulu, Naib Setiausaha SMARTER Brunei, Dayang Sharifah binti Adila Surya selaku Pengerusi Majlis dalam ucapan alu-aluannya berkata, sokongan berterusan daripada semua individu menandakan penerimaan semua individu dengan autisme, yang akan membawa kepada mengambil tindakan untuk semua individu yang mempunyai autisme.

Ribbon_LitItBlue.jpg

Majlis diserikan dengan persembahan individu autisme SMARTER Brunei.

Yang Berhormat kemudian dibawa menyaksikan pameran mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh individu SMARTER Brunei.

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, perwakilan-perwakilan asing ke negara ini, pegawai kanan kerajaan dan orang awam.

WAAD disambut pada setiap 2 April setiap tahun dan tema pada tahun ini 'Empowering Women and Girls With Autism'.

Attachments
Created at 4/4/2018 4:01 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 4/4/2018 4:03 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan