Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ASEAN COCI BINCANG CADANGAN PROJEK BAHARU

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto: KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 April 2018 - Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ke-19 ASEAN-COCI Sub-Committee on Culture (SCC) dan Mesyuarat Ke-7 ASEAN Plus Three Cultural Cooperation Network (APTCCN) yang juga diselajurkan dengan bengkel Strategic Plan for Culture and Arts 2016-2025.

Mesyuarat dan bengkel tersebut telah dipersetujui dan diluluskan ketika Mesyuarat Ke-52 ASEAN-COCI di Kuala Lumpur pada 21 November 2017.

Mesyuarat berlangsung selama tiga hari itu bermula 3 hingga 5 April 2018 bertempat di The Centrepoint Hotel, Gadong.

Ia dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh para delegasi dari ASEAN dan Plus Three serta Sekretariat ASEAN.

Mesyuarat 'The 19th Meeting of ASEAN-COCI Sub Committee on Culture' dan 'The 7th Meeting of the ASEAN Plus Three Cultural Cooperation Network' antara lain bertujuan untuk menyemak semula dan menilai projek-projek yang terdahulu dan yang sedang berjalan dan seterusnya untuk mempertimbangkan dan mensahkan cadangan projek baharu untuk dihadapkan ke ASEAN-COCI.

 Di samping itu, mempromosikan, meningkatkan dan memajukan kerjasama antara ASEAN di bawah arahan dan kelulusan Menteri-Menteri Bertanggungjawab untuk Kebudayaan dan Kesenian (AMCA), Mesyuarat PegawaiPegawai Kanan yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (SOMCA) dan Jawatankuasa ASEAN mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI).

Attachments
Created at 4/7/2018 3:00 PM by Ajijah Ali
Last modified at 4/7/2018 3:00 PM by Ajijah Ali