Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KETAHUI PELBAGAI JENIS MASAKAN ORANG TERDAHULU

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif (Penerangan)

Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah (Penerangan)


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 April 2021- Pelbagai program boleh dilaksanakan dan diungkayahkan bagi membantu golongan warga emas untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.

Perkara tersebut, antara yang dijelaskan, oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Saidah binti Wahid @ Burut semasa Bengkel Masakan Bersama Warga Emas, yang diadakan di Restoran De' Pirates Sails Seafood, Kompleks Shakirin, Kiulap, di sini.

Melalui program-program yang dilaksanakan, menurutnya, ia boleh dijadikan sebagai platform untuk warga emas membuat perniagaan, aktiviti dan sebagainya selaras dengan objektifnya, iaitu menjalankan gaya hidup yang sihat bagi warga emas (healthy lifestyle for the elderly).

Terdahulu itu, Pengurus Restoran De' Pirates Sails Seafood, Awang Noor Hazny bin Sani dalam ucapan alu-alunnya berkata, Bengkel Masakan bersama Warga Emas (Legend is Cooking) merupakan Corporate Social Responsibility (CSR) dari kedai makan tersebut bagi membantu warga emas dalam mempergiatkan lagi aktiviti sosial mereka dalam mengekalkan kesihatan mental dan fizikal juga memperkembangkan dan memperkenalkan pengetahuan masakan asli tradisional kepada generasi muda.

Selain itu, tambahnya, ia juga untuk memperkenalkan masakan tradisional asli setiap puak yang kian pupus ditelan zaman, dan membuka platform untuk warga emas dalam segi mengajar masakan, sekali gus menjana pendapatan, dari segi mengajar dan jualan hasil (produk).

Menurutnya lagi, melalui bengkel tersebut, ia juga akan dapat membuka peluang pembelajaran dalam kalangan warga emas, suri rumah dan orang awam dalam mempelajari kemahiran, resipi dan tatacara yang betul dalam dunia masakan orang Brunei asli.

Semasa bengkel tersebut, satu tatacara masakan dengan tema 'Masakan Ibunda' dikendalikan oleh salah seorang Ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE).

Bengkel anjuran bersama PKWE dan Restoran De' Pirates Sails Seafood, bertujuan untuk memperluaskan lagi pengetahuan orang awam mengenai jenis-jenis masakan orang terdahulu dan kuih muih asli Brunei, di samping memperkembangkan dan memperkenalkan lagi makanan asli Brunei dalam kalangan penduduk tempatan mahupun orang pelancong asing.

Selain itu, ia juga boleh menjana pendapatan dalam kalangan warga emas yang sudah dan sedang berpencen daripada pekerjaan juga berkecimpung dalam dunia penjagaan makanan.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai bengkel tersebut, bolehlah terus menghubungi May Wong menerusi talian +673 7316992.


02.04.21-Bengkel Masakan bersama Warga Emas.Penerangan1.jpg

Attachments
Created at 4/3/2021 11:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/3/2021 11:31 AM by Lee Chin Foo