Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SUNTIK SEMANGAT USAHAWAN BELIA

​[Sumber: Pelita Brunei]

Siaran Akhbar: Pusat Pembangunan Belia (KKBS)

Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh (KKBS)


BERAKAS, Rabu, 7 April 2021 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyewaan Inkubasi Belia anjuran Pusat Pembangunan Belia (PPB) di Bilik Mesyuarat At-Taufiq, Tingkat 6, KKBS, Negara Brunei Darussalam, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

PPB mula melaksanakan Program Inkubasi PPB semenjak tahun 2019 dengan memberikan kemahiran kepada golongan sasaran dan seterusnya insentif ‘micro-grant’ serta tempat berniaga bagi para belia yang memilih keusahawanan sebagai trajektori kerjaya mereka.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Haji Masfourteen bin Haji Mohd. Yusof dan diteruskan dengan Acara Menandatangani Perjanjian Penyewaan Inkubasi Belia Bagi Tujuh Buah Syarikat Inkubasi.

Majlis Menandatangani Perjanjian Penyewaan Inkubasi Belia adalah kesinambungan daripada Majlis Penyerahan Micro-Grant yang telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2020 kepada tujuh buah syarikat inkubator iaitu Kemari Farm Enterprise, Cerita Fabrikku, Siege Pollyfox Enterprise, Perusahaan Mazroni BKP dan Rakan-Rakan, BARBERKU, Gentleman Stitch Enterprise dan KOPPB Minimart.

Di antara tujuan insentif ‘micro-grant’ diberikan oleh KKBS adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada para usahawan belia serta golongan sasaran untuk memulakan perniagaan (business start-up), menyuntik semangat para usahawan belia dan golongan sasaran untuk memilih bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya mereka dan menggunakan platform-platform yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk menjalankan serta mengembangkan perniagaan dengan kadar bayaran yang rendah.

07.04.21-Majlis menandatangani perjanjian penyewaan inkubasi belia (5).jpg

07.04.21-Sign MoU PPBdan Inkubasi Belia (1).JPG

07.04.21-Majlis menandatangani perjanjian penyewaan inkubasi belia (6).jpg

07.04.21-Majlis menandatangani perjanjian penyewaan inkubasi belia (7).jpg07.04.21-Majlis menandatangani perjanjian penyewaan inkubasi belia (1).jpg

Attachments
Created at 4/8/2021 10:22 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/8/2021 4:29 PM by Lee Chin Foo