Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
NGOs TERUS BERUSAHA KURANGKAN KEMISKINAN

‚ÄčDSC_6651.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 April 2018 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menentukan platform-platform bersesuaian untuk menangani bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) bagi mengatasi apa jua permasalahan yang dialami di negara ini, menerusi Whole of Government dan Whole of Nation Approach.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa ditemui oleh media pada Majlis Penutup dan Penganugerahan 'Grant' Society for Community Outreach & Training (SCOT) bagi Bengkel Youth Against Poverty (YAP) bertempat di Tingkat 3, Bangunan Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB), di sini.

Menurut Yang Berhormat, komitmen daripada pihak-pihak NGOs khususnya para pemuda dan pemudi untuk mencari jalan bagi mengurangkan tahap kemiskinan di negara ini dapat dilihat melalui program-program dan bengkel-bengkel yang diadakan.

Ia tambahnya, menunjukkan satu, komitmen dan kedua, ia menunjukkan idea dalam sama-sama menangani dan tidak bergantung kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi juga komitmen daripada pihak NGOs untuk bekerjasama dalam satu kolaborasi ataupun Smart Partnership.

Menyentuh mengenai Smart Partnership, Yang Berhormat berkata, ia bukan sahaja di bawah satu kementerian, namun dilihat kesesuaian kementerian-kementerian lain dan kerjasama dengan melibatkan negara secara satu.

Sebanyak tiga buah kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing, iaitu Kumpulan Women in Power, Kumpulan Deliver Hope dan Kumpulan The Mobile Dream Center.

Kumpulan The Mobile Dream Center terpilih sebagai penerima 'grant' berjumlah BND1,000.

DSC_6654.jpg

Bengkel kali kedua itu diusahakan oleh SCOT dengan kerjasama PCSB, bertujuan untuk mendorong para pemimpin belia untuk mengenal pasti dengan lebih luas tentang pembasmian kemiskinan secara kondusif menerusi sesi perbincangan oleh pakar-pakar akademik, para usahawan dan pegawai kerajaan.

DSC_6690.jpg

Bengkel turut diselitkan dengan sesi pembentukan idea yang berteraskan pada kreativiti dan inovasi bagi membuahkan projek-projek membasmi kemiskinan, berkonsepkan 'sustainable' untuk diusahakan selepas tamatnya bengkel.

Seramai 25 belia terpilih untuk mengikuti Bengkel YAP dan lima kumpulan telah membentangkan idea-idea bagi membasmi kemiskinan untuk diusahakan.

Menerusi juri-juri khas yang dipilih, kumpulan yang meraih kedudukan teratas akan menerima 'grant' sebanyak BND1,000 sebagai modal permulaan untuk memulakan projek mereka.

DSC_6696.jpg

Bengkel tersebut diharap akan memberi kesan berfaedah kepada para belia seperti mempromosikan penglibatan sivik dengan mengadakan kerjasama yang selaras dalam membasmi kemiskinan dan masalah dalam kalangan para belia, pihak berkuasa dan persatuan bukan kerajaan lain.

Attachments
Created at 4/16/2018 2:19 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 4/16/2018 2:21 PM by Lee Chin Foo