Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN BSKA KE-2 CUNGKIL BAKAT BAHARU

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed (Penerangan)


TEMBURONG, Isnin, 7 Jun 2021 - Seramai 50 atlet dari Sekolah Sukan Brunei Shotokan Karate Association (BSKA) dan Skim Jabatan Belia dan Sukan (JBS) menyertai Kejohanan BSKA Ke-2 yang dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Sukan dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta diluluskan oleh Brunei Karatedo Federation (BRUKAF) dan dibantu oleh Progresif Sdn. Bhd., Ceramic Pro dan FSCreate sebagai penaja kejohanan tersebut.

Kejohanan BSKA Ke-2 tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Bato Apoi, Temburong, baru-baru ini, di sini.

Pada hari pertama kejohanan, acara dimulakan dengan atlet-atlet mengangkat tangan berikrar yang diketuai oleh Awang Mohd. Zul Farhan bin Roslan dari Sekolah Sukan manakala perwakilan dari Referee Council pula diketuai oleh Haji Sayed Jefferydean bin Sayed Mohammad di mana dibacakan di hadapan Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC), Mejar (B) Haji Mohd. Talip bin Mohd. Tahir.

Kejohanan tersebut juga disaksikan dengan keberangkatan tetamu khas, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di mana Yang Amat Mulia juga menyampaikan 'Special Award' kepada Dr. Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib dan Dayangku Norain binti Pengiran Haji Ismail di atas pencapaian dan jasa mereka sebagai mantan atlet kebangsaan dalam perkembangan sukan karate di Negara Brunei Darussalam (NBD).

Juga hadir pada kejohanan tersebut, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang juga hadir selaku tetamu kehormat. Pada acara tersebut, Pengiran Mohammad Amirrizal juga turut merasmikan acara peringkat akhir kejohanan tersebut sekali gus menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang.

Antara acara kemuncak pada kejohanan tersebut, Team Kumite bagi lelaki dan wanita manakala 'Best of The Best' bagi mencari juara bagi setiap Kategori Senior dan Kategori Junior.

Matlamat kejohanan tersebut adalah untuk memberikan peluang khususnya kepada atlet Sekolah Sukan dan BSKA untuk menimba lebih banyak ilmu serta pengalaman dan 'Local Tryout' sebagai persiapan mereka untuk kejohanan-kejohanan tempatan dan antarabangsa di masa akan datang.

Kejohanan tersebut diakhiri dengan Kategori Team Kumite (lelaki dan wanita) dan Kategori 'Best of The Best' dimenangi oleh Awang Sufizan Sofian dari Skim JBS dan Dayang Amal Rafedah binti Haji Zaidi dari Sekolah Sukan BSKA.

Kejohanan tersebut juga dihadiri oleh Pengetua Sekolah Sukan, Matt Letham, perwakilan dari Kedutaan Jepun di NBD, pegawai-pegawai dari Jabatan Ko-Kurikulum dan JBS.

07.06.21-BSKA Ke2.infofoto.jpg

07.06.21-BSKA ke2.RTB1.jpg

Attachments
Created at 6/8/2021 8:42 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/8/2021 8:42 AM by Lee Chin Foo