Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KENAL PASTI ISU, CABARAN DALAM KEKELUARGAAN

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif (Penerangan)

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Jun 2021 - Dalam mencalak generasi hadapan, pendidikan kekeluargaan perlu mendominasi pembentukan sahsiah anak-anak yang akan menentukan kekukuhan serta keharmonian sesebuah bangsa dan masyarakat.

Antara peranan utama institusi keluarga ialah melahirkan generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab dan dapat mendepani serta mengatasi pelbagai isu sosial masa kini.

Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Awang Hilman bin Haji Salim selaku Pengerusi Mu’tamar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah (MUAFIQ) 2021 menyatakan perkara tersebut dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Perasmian Mu’tamar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah bertempat di Dewan Tarbiah, KUPU SB, di sini.

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (5).jpg

Menyentuh mengenai mu’tamar tersebut, Awang Hilman menjelaskan, ia diadakan bagi memperkasa pendidikan kekeluargaan dan mengenal pasti isu-isu serta cabaran dalam kehidupan berkeluarga.

Melalui mu’tamar tersebut tambahnya, diharapkan dapat mencapai penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kepada masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat dewasa ini ke arah kehidupan berkeluarga yang penuh harmoni sebagaimana konsep keluarga yang disebut di dalam Al-Quran iaitu keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan MUAFIQ 2021, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (2).jpg

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Asma Al-Husna beramai-ramai, dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Pada majlis tersebut, Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar juga turut membentangkan kertas perdana yang membawakan tajuk, ‘Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah’.

Sementara itu, Kertas Utama I bertajuk ‘Keluarga Bangkit dalam mendepani Cabaran Semasa’ yang disampaikan oleh Profesor. Dr. Haji Duski Samad, dari Universitas Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol Padang, Republik Indonesia, antara lain membincangkan bahawa keluarga adalah satu unit kepemimpinan kecil, namun sangat menentukan di mana suami sebagai kepala keluarga mendapatkan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Manakala, dalam pembentangan Kertas Utama II bertajuk ‘Sakina-Sharia House Theory’ yang disampaikan oleh Profesor Dr. Siti Aishah Hassan dari Department Of Counselor Education And Counseling Psychology, Faculty Of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia, antara lain menjelaskan bahawa untuk menjadi ibu yang terbaik untuk keluarga, kewibawaan dan karakter ibu berbentuk modal rohani sangat memberi kesan kepada kesejahteraan, psikologi, ekonomi, fizikal, interaksi dan ia saling berkait dalam dirinya dan keluarga.

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (3).jpg

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (1).jpg

MUAFIQ 2021 juga dilanjutkan dengan pembentangan lima kertas kerja selari yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengkajian Jawi & Kitab Turath, KUPU SB, Dr. Haji Harapandi Dahri; Pemangku Pegawai Pembangunan Masyarakat, Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Siti Alifah binti Awang Osman; Awang Mulia Ikram bin Nokman, 1070 Kapten Noria Fatriah binti Haji Abd. Mutalif, 1262 Leftenan Siti Nur Hazwani binti Ismail dari JAMA’AT, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Pengiran Hajah Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan penceramah dari Al-Minhaaj Centre.

Tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentangkan termasuk ‘Konsep Keluarga Sakinah Menurut Imam Al-Ghazali’; ‘Peranan dan Pengalaman JAPEM dalam menangani Isu Kekeluargaan’; ‘Membangkit Kesejahteraan Keluarga Di ABDB’; ‘Makarimul Insan : Pengalaman Pusat Da’wah Islamiah Mendekati Rakan-Rakan’ dan ‘Peranan Al-Minhaaj Centre dalam memperkasa institusi keluarga di Negara Brunei Darussalam : pengalaman dan cabaran’.

MUAFIQ 2021 dianjurkan oleh KUPU SB selama sehari bersempena Hari Keluarga Kebangsaan 2021.

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (6).jpg

09.06.21-Mu'tamar antarabangsa fiqh al-usrah berlangsung di Dewan Tarbiyah (7).jpg

Attachments
Created at 6/10/2021 8:32 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/10/2021 8:32 AM by Lee Chin Foo