Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEGAWAI KAWALAN DOPING (DCO) NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI TOKYO 2020

‚Äč[Sumber Berita dan Foto: Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC)]

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 19 Julai 2021- Dalam memastikan atlet-atlet di Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) mematuhi Peraturan Anti-Doping dan bertanding dengan bersih, pihak penganjur Tokyo 2020 telah bekerjasama dengan World Anti-Doping Agency (WADA), Japan Anti-Doping Agency (JADA), dan International Testing Agency (ITA) dalam menyediakan Pegawai Kawalan Doping Antarabangssa (International Doping Control Officer-IDCO) bagi melaksanakan Prosedur Kawalan Doping (Doping Control Procedure) kepada atlet-atlet yang bertanding di kejohanan itu nanti.

Sehubungan itu, untuk julung-julung kalinya, Awang Mohd Yussof bin Yaakub, salah seorang DCO daripada Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC) telah terpilih sebagai salah seorang IDCO di Tokyo 2020. Sebelum layak untuk menjadi IDCO di Tokyo 2020, beliau telah menjalani beberapa sesi latihan serta ujian bagi mengesahkan tempat beliau di temasya sukan yang paling berprestij ini. Beliau sebelum ini pernah bertugas selaku IDCO di 18th Asian Games, Jakarta-Palembang 2018 dan World Karate Championship 2019 di Tokyo, Jepun. Selain itu, beliau juga berpengalaman selaku DCO bagi kejohanan-kejohanan sukan di Negara Brunei Darussalam serta ujian diluar pertandingan (Out-of-Competition Test) bagi atlet-atlet Negara Brunei Darussalam yang akan bertanding di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa.

Hadir untuk mengucapkan selamat belayar ialah Awang Sukardi bin Kaderi, Timbalan Pengerusi BDADC selaku wakil Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan, dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga Pengerusi BDADC.

BDADC yang telah ditubuhkan pada tahun 2006 melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah bernaung di bawah WADA dalam merancang serta melaksanakan Program Anti-Doping di Negara Brunei Darussalam selaras dengan World Anti-Doping Code (WADC). Sebelum ini, ahli-ahli BDADC juga pernah bertugas di Kejohanan Sukan SEA, Kejohanan Sukan Asia, dan Kejohanan Sukan Universiti ASEAN disamping menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan seminar anjuran WADA, Regional Anti-Doping Organisation (RADO), dan National Anti-Doping Organisation (NADO).

 

IMG-20210720-WA0000.jpg

Attachments
Created at 7/20/2021 8:06 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/20/2021 8:06 AM by Lee Chin Foo