Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN 2021

[Sumber Berita: Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

Foto: Sufyan Aiman bin Sufri (JAPEM)

Bandar Seri Begawan, Selasa, 20 Julai 2021 –Satu majlis penyerahan derma daripada Syarikat Bright Sky untuk Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 berjumlah BND 2,817 telah diadakan pagi ini di Pejabat Menteri, di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan daripada Rahillah binti Aliudin, Pengasas Chu Chu Exclusive, Syarikat Bright Sky dan Dayang Suzi binti Samat, Pengurus Simply Sayang, Syarikat Bright Sky.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Dayang Saidah binti Haji Wahid, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 yang telah dibukakan kepada orang ramai selama 3 bulan sejak 26 Mei 2021 hingga 23 Ogos 2021 merupakan sebuah platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan telus, serta bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti- aktiviti amal dan berkebajikan demi meringankan beban mangsa-mangsa di Palestin.

20.07.21-Derma Tabung Palestin dari Sykt Bright Sky (1).jpg

20.07.21-Derma Tabung Palestin dari Sykt Bright Sky (2).jpg

Attachments
Created at 7/20/2021 3:25 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/27/2021 12:09 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan