Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SKETSA KEPUTERAAN MERIAHKAN PENTAS PERAYAAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad (Penerangan)

Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Penerangan)


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Julai 2021 - Acara Pentas Perayaan yang berlangsung bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 diteruskan pada malam ini dengan Persembahan Sketsa Keputeraan.

Persembahan kali ini dianjurkan oleh Kumpulan Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB), bertempat di Kawasan Lapang Letak Kereta berhadapan dengan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Antara atur cara yang dipersembahkan, persembahan Tausyeh, persembahan nyanyian lagu-lagu dakwah oleh penyanyi-penyanyi tempatan dan kemuncak acara, iaitu persembahan sketsa, bertajuk 'Wabak'.

Sementara itu, acara bagi Pentas Perayaan pada esok malam diteruskan dengan Pertandingan Tausyeh Sekolah-sekolah Rendah.

21.07.21-Persembahan SKETSA-PeSTAB pentas perayaan.infofoto2.jpg

21.07.21-Persembahan SKETSA-PeSTAB pentas perayaan.infofoto1.jpg

Attachments
Created at 7/22/2021 8:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/22/2021 10:30 AM by Lee Chin Foo