Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

[Berita: Siaran Media KKBS]

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Julai 2021– Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-75 bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

26.07.21-Khatam HKeputeraan75 (2).jpg26.07.21-Khatam HKeputeraan75 (6).jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Tetamu Kehormat Majlis diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad dan diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran, Doa Khatam Al-Quran dan Dikir Asyraqal diketuai Awang Nuur Matin bin Haji Abu Bakar, Guru Ugama Kompleks Rumah Kebajikan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-75 oleh Awang Md Shahrin bin Haji Sulaiman, Ketua Guru Ugama, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) dan Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) dan Yang Mulia Dr Dayang Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Seramai 75 orang warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta JabatanJabatan di bawahnya ikut serta bagi menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran bagi menzahirkan tanda kesyukuran di atas kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam berlandaskan iman dan panduan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.  

26.07.21-Khatam HKeputeraan75 (4).jpg


26.07.21-Khatam HKeputeraan75 (5).jpg

26.07.21-Khatam HKeputeraan75 (1).jpg


Attachments
Created at 7/27/2021 9:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/27/2021 12:05 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan