Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
GALERI SENI HUIFONG MERAIKAN SENI, BUDAYA 2 NEGARA

26.07.21-Pesta Seni dan Budaya Visual Brunei-China  (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir (Penerangan)

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)


GADONG, Isnin, 26 Julai 2021 - Bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Ke-30 antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan Republik Rakyat China, Galeri Seni Huifong menganjurkan Festival Seni dan Budaya Visual Brunei-China untuk meraikan kepelbagaian seni dan budaya serta persahabatan antara masyarakat Brunei dan China, yang berlangsung di Tingkat 8, Ibu Pejabat Bank Baiduri, Jalan Gadong, di sini, petang tadi. 

Festival Seni dan Budaya Visual Brunei-China disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam; Beijing People’s Association for Friendship with Foreign Countries (BPAFFC); Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Rakyat Perbandaran Nanjing dan Persatuan Persahabatan Brunei-China (BCFA) dan ditaja oleh Bank Baiduri.

Terdahulu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dalam ucapannya melahirkan rasa penghargaan dan penghormatan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Puan Yang Terutama Yu Hong dan pihak Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam kerana terus menjadi rakan aktif dan memainkan peranan penting dalam menyokong kerjasama erat dan ‘people-to-people exchange’ antara kedua-dua buah negara melalui budaya dan kesenian.

26.07.21-Pesta Seni dan Budaya Visual Brunei-China  (7).jpg

Tambah Yang Berhormat, budaya dan seni adalah bidang yang berlainan, justeru, peranan pentingnya melambangkan sebuah jambatan yang terus menghubungkan Rakyat NBD dan China melalui asas penghargaan, pemahaman dan toleransi yang kuat antara satu sama lain.

“Sejarah menunjukkan kepada kita bahawa ia adalah hubungan budaya yang tidak hanya bermula sejak 30 tahun yang lalu, tetapi hubungan yang telah terjalin selama berabad-abad yang telah membawa banyak faedah dan manfaat bersama bagi kedua-dua buah negara, dan melalui festival ini bukan hanya sekadar untuk detik renungan sahaja, tetapi merupakan detik untuk melihat masa hadapan,” ujar Yang Berhormat lagi.

Selain itu, peranan budaya juga lebih relevan pada masa kini dan menurut Yang Berhormat, ia melibatkan bahagian penting dalam meningkatkan kesejahteraan mental kita pada masa-masa yang mencabar ketika ini dan masa hadapan yang tidak menentu serta masa hadapan yang ditentukan oleh pemulihan pasca COVID-19, budaya digital dan ekonomi kreatif.

Festival Seni dan Budaya Visual Brunei-China ini jelas Yang Berhormat lagi, dapat menyatukan kepelbagaian seni dari kedua-dua negara, dan dengan bekerjasama untuk mempromosikan literasi digital dan budaya, menekankan nilai daya tahan budaya dan warisan, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Bagi kami, memelihara dan mempromosikan warisan budaya yang nyata dan tidak ketara selama bertahun-tahun akan datang akan sentiasa relevan, dan sebagai Pengerusi ASEAN, salah satu keutamaan kami adalah menerapkan ASEAN Culture of Prevention : perubahan paradigma dalam pemikiran daripada salah satu mitigasi ke salah satu pencegahan dalam melindungi warisan budaya kita yang tidak ternilai,” terang Yang Berhormat.

Festival Seni dan Budaya Visual Brunei-China berkenaan disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

Juga hadir, Puan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD.

Majlis pelancaran menyaksikan beberapa persembahan budaya seperti silat, seni bela diri Wushu dan Taichi, tarian tradisional Melayu dan Cina, dan gabungan pertunjukan puisi dalam bahasa Melayu dengan demonstrasi kaligrafi.

26.07.21-Pesta Seni dan Budaya Visual Brunei-China  (3).jpg

26.07.21-Pesta Seni dan Budaya Visual Brunei-China  (1).jpg

Acara turut mengetengahkan pameran fotografi digital yang pertama seumpamanya di NBD yang mempamerkan koleksi fotografi dari BPAFFC; Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Rakyat Perbandaran Nanjing; Persatuan Fotografi Brunei; dan jurugambar bebas.

Koleksi fotografi dikuratori oleh Galeri Seni Huifong dengan tema ‘Wajah dan Budaya Brunei’ dan ‘Persahabatan antara Brunei dan China’. 

Pameran tersebut akan berlangsung dari 26 Julai hingga 9 Ogos 2021 di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

26.07.21-Pesta Seni dan Budaya Visual Brunei-China  (2).jpg

PYT dalam ucapannya juga menzahirkan rasa penghormatan atas hubungan diplomatik yang terjalin antara NBD dengan Republik Rakyat China kini memasuki usianya ke-30 tahun.

Jelasnya, 30 tahun terakhir menyaksikan perkembangan dan peningkatan kerjasama dua hala yang berterusan di pelbagai bidang, selain perkembangan yang pesat dan hasil inspirasi dalam kerjasama budaya dua hala dan ‘people-to-people exchange’ yang menghasilkan persefahaman yang lebih baik dan persahabatan yang lebih mendalam antara masyarakat dan rakyat.

Bagi menyemarakkan lagi festival berkenaan, Dialog Seni antara artis undangan daripada kedua-dua buah negara juga akan diadakan pada 27 Julai 2021, bertempat di Baiduri Community Space, yang turut membukakan penyertaannya kepada orang awam dan untuk mematuhi langkah keselamatan pembendungan wabak COVID-19, pra-pendaftaran adalah digalakkan.

Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi platform media sosial Galeri Seni Huifong dan untuk pra-pendaftaran ke Dialog Seni, layari ‘www.huifongng.com/hag’.

Attachments
Created at 7/27/2021 10:11 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/27/2021 10:11 AM by Lee Chin Foo