Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PAMER KEJAYAAN, USAHA DIKENDALIKAN BELIA

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid (Penerangan)

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Ogos 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  bersama paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik serta adinda-adinda baginda berkenan berangkat menyaksikan pameran pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Pada tahun ini format pameran adalah berskala kecil akan tetapi konsisten dengan konsep terdahulu iaitu Informative, Engaging, Interactive dan Tech Savvy. 

Antara kepentingan pameran ini ialah untuk mempamerkan kejayaan serta impak daripada usaha yang dikendalikan oleh belia-belia ‘kitani’. 

Pameran ini juga dihasratkan untuk dijadikan platform bagi para usahawan-usahawan muda bagi membukakan peluang kepada belia yang lain untuk mempelajari serta menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. 

Pameran Hari Belia mengetengahkan empat kluster utama iaitu Ekonomi Digital, Pertumbuhan Ekonomi, Perusahaan Sosial / Pergerakan Belia dan Industri Kreatif dan Media. 

Antara yang menyertai Pameran Hari Belia ialah 1 Produk 1 Kampung yang mengetengahkan usahawan muda yang dicalonkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai berjaya, Pameran Lukisan Komuniti OKU, projek daripada institusi pengajian tinggi, Pameran COVID-19, Kabunku dan sebagainya.

Semasa pameran tersebut juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melancarkan Aplikasi Sukarelawan yang dinamakan ‘Mengelinga’.

Tema Sambutan Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021 ‘Belia Siaga Masa Depan’. Pengekalan tema selama tiga tahun (2019, 2020 dan 2021) ini adalah selaras dengan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk melihat belia Brunei siap siaga untuk menghadapi cabaran masa depan khususnya dalam konteks Revolusi Industri Keempat dan dalam keadaan norma baharu yang banyak menjanjikan perubahan dan peluang, di samping juga relevan dengan pembarigaan Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS) yang sedang giat dilaksanakan pada masa ini.

Belia Siaga Masa Depan juga ialah belia bertaraf dunia sebagai ejen perubahan yang siap siaga untuk masa depan bagi pembangunan negara yang berakarumbikan keinklusifan. Dalam mewujudkan ekosistem pembangunan belia yang dinamik, mapan dan inklusif kepada individu adalah dengan melibatkan diri dalam pembentukan dasar membuat keputusan, mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengukuhkan nilai-nilai teras kebruneian yang positif.

07.08.21-HariBeliaKe-16.18.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.24.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.19.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.25.jpg

07.08.21-HariBeliaKe-16.26.jpg

Attachments
Created at 8/9/2021 9:45 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/11/2021 4:04 PM by Dk Hafizatul Rahmaaniah Binti Pg Hj Yunus @ Dk Siti Nurul