[Siaran Akhbar dan Foto: Majlis Belia Brunei, Negara Brunei Darussalam]
Bandar Seri Begawan, Ahad, 8 Ogos 2021 –Majlis Belia Brunei dengan kerjasama ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) melancarkan Forum Belia ASEAN ke-11 dengan tema 'Future Ready in the New Normal' semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-16.
75 perwakilan yang terdiri daripada belia berusia antara 18 hingga 31 tahun dari sepuluh Negara Anggota ASEAN akan mengikuti program tersebut, yang dibahagikan kepada dua (2) sesi iaitu forum dan bengkel, ianya dijalankan secara maya. Sementara, 100 peserta lain akan dapat turut serta sebagai pemerhati dalam sesi forum. Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, Presiden Majlis Belia Brunei.
Peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan, pekerja sektor swasta dan pencari kerja.
Objektif forum ini adalah untuk merumuskan idea dan cadangan bagaimana meningkatkan peranan belia ASEAN dalam mewujudkan pembangunan lestari dan memastikan kesediaan belia ASEAN menghadapi cabaran masa depan seperti Revolusi Industri 4.0 dan peluang seperti keusahawanan dalam norma baharu pasca pandemik.
Sesi pertama dimulakan dengan bengkel bertajuk "Pendidikan di Dekad Baru: Berfikir di Luar Kotak". Penceramah termasuk Dr Chang Yau Hoon, Associate Professor di Universiti Brunei Darussalam, berkongsi mengenai memikirkan semula kaedah pembelajaran dan cara untuk belajar semula.
Penceramah kedua ialah Michael Brosowski, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blue Dragon Children's Foundation, yang menceritakan pengalamannya bekerja dengan anak-anak yang menghadapi pelbagai cabaran (kanak-kanak jalanan, kehilangan tempat tinggal dan terlibat dalam perdagangkan manusia) di Vietnam. Dia juga menceritakan bagaimana Yayasan tersebut dapat membantu anak-anak pulih dari trauma dan kembali ke sistem pendidikan dengan memberikan mereka bukan hanya pendidikan yang komprehensif tetapi menekankan pentingnya memberikan kemahiran yang tidak formal seperti bagaimana menangani konflik, menyelesaikan masalah, bagaimana bekerja secara berpasukan dan kemahiran dalam kepimpinan.
Penceramah terakhir ialah Ayu Kartika Dewi, Petugas Khas kepada Presiden Indonesia, yang menekankan pentingnya memahami pemikiran kritis, mengenal pasti gejala dan juga kesihatan mental.
Sesi bengkel dilakukan selepas forum untuk membolehkan setiap peserta berbincang dan memberikan maklum balas dan perspektif mereka mengenai topik-topik yang disampaikan oleh para penceramah dan diakhir sesi bengkel, mereka membentangkan perbincangan masing-masing. Di antara topik yang dibincangkan adalah mengenal pasti kemahiran yang relevan dan difikirkan perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan, antaranya kreativiti, kemahiran inovasi, literasi digital dan penglibatan budaya, serta cabaran yang dihadapi oleh institusi akademi dalam menerapkan keseimbangan latihan kemahiran dan pembelajaran.
Para peserta akan mengambil bahagian dalam dua forum lain, bertajuk 'Pekerjaan (Kemahiran dan Masa Depan Pekerjaan)' dan 'Peranan Belia dalam Komuniti' masing-masing akan diadakan pada 14 dan 21 Ogos.
Para peserta juga akan berkerjasama untuk menghasilkan ASEAN Youth Statement dan ASEAN Zine, yang akan dibentangkan kepada Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal belia (AMMY) pada akhir bulan ini.
Forum Belia ASEAN dianjurkan dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, Sekretariat ASEAN dan disokong oleh Forum Belia ASEAN (NGO Indonesia) sebagai rakan media.

(Photo above: Delegates consisting of youth between 18 to 31 years old from ten ASEAN Member States)
(Photo below: Observants)

11TH ASEAN YOUTH FORUM KICKING OFF IN THE NEW NORMAL
Bandar Seri Begawan, Sunday, 8 August 2021 - The Brunei Youth Council in collaboration with the ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) launched the 11th ASEAN Youth Forum with the theme 'Future Ready in the New Normal'during the 16th National Youth Day celebration.
75 delegates consisting of youth between 18 to 31 years old from ten ASEAN Member States will be participating in the programme, comprising of forums and workshops, which will be conducted virtually. In addition, 100 other participants are also expected to join as observers. Also in attendance was Legislative Council Member, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, President of the Brunei Youth Council.
The delegates consist of students, government servants, private sector employees and jobseekers.
The objective of this forum is to formulate ideas and recommendations on how to elevate the role of ASEAN youths in realizing sustainable development and ensuring preparedness of ASEAN youth for future challenges and opportunities in the era of the Industrial Revolution 4.0 and in the context of the new normal - post pandemic.
The first session began with a workshop entitled "Education in the New Decade: Thinking out of the Box". Speakers include Dr Chang Yau Hoon, Associate Professor at University Brunei Darussalam, who shared about rethinking methods of learning and how to relearn.
The second speaker was Michael Brosowski, the Founder and Co-CEO of Blue Dragon Children's Foundation, who shared about his experience working with different disadvantage children (street children, homeless and human trafficked) in Viet Nam. He also shared on how this foundation had helped the children to recover from the trauma and get back to education system by giving them not only comprehensive education but stressing the importance of giving them unformal skills such as how to handle conflicts, problem solvings, how to work in a team and leadership skills.
The final speaker was Ayu Kartika Dewi, Special Staff to the President of Indonesia, who highlighted the importance of understanding critical thinking, identifying your symptoms and also mental health.
Virtual breakout sessions were conducted after the forum to enable each delegate to discuss and provide their feedback and perspectives on the topic, which was presented to the rest of the delegates at the end of the session. Amongst the topics discussed was identifying relevant skills that needs to be included in the education system, such as creativity, innovation skills, digital literacy and inter-cultural engagement, as well as challenges faced by the academic institutions in implementing a balance in soft and hard skills training and teaching.
The delegates will be participating in two other forums, entitled 'Employment (Skills and Futures of Jobs)' and 'Role of Youth in Community in Nation/Region-Building' on the 14th and 21st August respectively.
The delegates will also be collaborating to produce an ASEAN Youth Statement and ASEAN Zine, which will be presented to the ASEAN Ministers Meeting on Youth (AMMY) at the end of the month.
The ASEAN Youth Forum is organized with the support from the Ministry of Culture, Youth and Sports, Brunei Darussalam, ASEAN Secretariat and supported by the ASEAN Youth Forum (Indonesian NGO) as the media partner.
[Release and photo by: Brunei Youth Council, Brunei Darussalam]