Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DALAM BIDANG KERJASAMA BELIA DAN KERJASAMA KEBUDAYAAN DAN SENI HALUS

​Bandar Seri Begawan, 11 Ogos 2021 

1. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Penandatanganan dua Memorandum Persefahaman secara maya hari ini iaitu Memorandum Persefahaman di antara Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kemboja Mengenai Kerjasama Belia dan Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kemboja Mengenai Kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus. 


2. Dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Belia, ianya diharapkan akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam program-program belia, serta menggalakkan pertukaran pandangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kemahiran, kebudayaan dan sukan; di samping mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan programprogram pembangunan belia dan sukan. Sementara itu, melalui kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus, kedua-dua negara berhasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang Seni Visual dan Pertunjukan; Seni Halus dan Gunaan; Pertukaran Pameran; Muzium, Arkeologi dan Warisan; Perpustakaan dan Arkib; Sejarah dan Sastera; Industri Kebudayaan dan Kreatif. 


3. Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Manakala menandatangani bagi pihak Kerajaan Kemboja ialah Puan Yang Terutama Dr. Phoeurng Sackona, Menteri Kebudayaan dan Seni Halus, Kerajaan Kemboja iaitu bagi Memorandum Persefahaman dalam kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus; dan Tuan Yang Terutama Dr. Hang Chuon Naron, Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan, Kerajaan Kemboja bagi Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Belia. 


4. Di antara yang hadir menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut secara maya ialah Tuan Yang Terutama Hok Sophea, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Kemboja ke Negara Brunei Darussalam; Tuan Yang Terutama Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Kemboja; Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Negara Brunei Darussalam; Secretary of State dan Directors-General di Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kerajaan Kemboja. 

Attachments
Created at 8/11/2021 4:20 PM by Dk Hafizatul Rahmaaniah Binti Pg Hj Yunus @ Dk Siti Nurul
Last modified at 8/11/2021 4:30 PM by Dk Hafizatul Rahmaaniah Binti Pg Hj Yunus @ Dk Siti Nurul