Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ibadah Korban Didik Jiwa Raih Reda Allah

‚ÄčDSC_7690.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi & Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

TANAH JAMBU, Isnin, 4 September. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Ibadah Korban dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha dan menghayati pengajaran serta iktibar ibadah di hari Tasyriq sebelum hari terakhir tenggelam matahari 13 Zulhijjah esok.

 

Pada tahun ini, KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya mengorbankan dua ekor kerbau dan dua sapi untuk diagihkan kepada 145 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin serta anak yatim.

 

Hadir pada sambutan yang diadakan di Dewan Bina Diri / Surau Pusat Pembangunan Belia (PPB), Tanah Jambu di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Majlis  itu diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah serta takbir hari raya dipimpin oleh Awang Haji Abd. Halim bin Haji Fuad.

 

Terdahulu pada sebelah pagi, seramai 40 orang wakil belia dari alumni PKBN dan penuntut PPB telah dilibatkan dalam acara penyembelihan dua ekor binatang korban dan seterusnya kerja-kerja melapah, pemotongan daging-daging korban yang dijalankan di Kampung Kuala Lurah.

 

Inisiatif seumpama itu adalah satu pendekatan untuk menyemai dan menanamkan sifat murni dalam diri golongan belia ke arah menghayati syariat Islam dan konsep ta'abbudiyah di samping untuk memperkasa semangat bergotong royong dalam apa jua kerja berkebajikan.

 

Aidiladha dan Ibadah Korban dapat mendidik jiwa untuk mengharap keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dan sifat takwa, mendekatkan diri dan melahirkan rasa syukur kepada-Nya selain sebagai ibadah yang membantu menghapus dosa-dosa kecil dan menjalin hubungan kasih mesra sesama manusia.

 

 

 

 

Attachments
Created at 9/9/2017 3:59 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 9/20/2017 9:01 AM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi