Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN 2021 DARIPADA KUTIPAN MASJID-MASJID DAN KEMPEN SMS BRUNEI PRIHATIN

[Siaran Media - Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

Bandar Seri Begawan, Selasa, 31 Ogos 2021 – Penyerahan derma bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 pada hari ini telah disampaikan daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Syarikat Datastream Digital Communications Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak BND459,532.74.

Hasil kutipan dari sejumlah 132 peti tabung yang ditempatkan di masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara telah berjaya mengumpulkan sumbangan derma sebanyak BND137,028.74.

Manakala, Syarikat DST Communications Sendirian Berhad telah menyerahkan sejumlah BND267,451.00 iaitu berupa hasil kutipan derma pelanggan DST melalui kempen SMS Brunei Prihatin sebanyak BND257,451.00 dan sumbangan daripada DST Sdn Bhd sebanyak BND10,000.00.

Progresif Sendirian Berhad juga telah menyerahkan sejumlah BND49,623.00 yang berupa hasil kutipan derma pelanggan Progresif Sdn Bhd melalui kempen SMS Brunei Prihatin sebanyak BND46,623.00 dan sumbangan daripada Progresif sebanyak BND3,000.00.

Imagine Sendirian Berhad menyerahkan sejumlah BND5,430.00 yang berupa sumbangan hasil kutipan kempen SMS Brunei Prihatin dan portal laman web Imagine di www.imagine.com.bn.

Dalam kesempatan ini, Urus Setia Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma-penderma di negara ini sama ada secara individu, kumpulan, jabatan, pertubuhan, badan-badan atau syarikat-syarikat di atas sumbangan derma yang telah diberikan kepada tabung berkenaan. Insya'Allah, dengan sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan para penderma akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin.

31.08.21-Tabung Palestin dari Progresif, DST, Imagine, KHEU (2).jpeg

31.08.21-Tabung Palestin dari Progresif, DST, Imagine, KHEU (6).jpg

31.08.21-Tabung Palestin dari Progresif, DST, Imagine, KHEU (3).jpg

31.08.21-Tabung Palestin dari Progresif, DST, Imagine, KHEU (1).jpeg

[Press Release -  Secretariat of the Palestinian Humanitarian Fund 2021, Department of Community Development, Ministry of Culture, Youth and Sports]

HANDOVER OF DONATIONS TO THE PALESTINIAN HUMANITARIAN FUND 2021 FROM THE COLLECTIONS OF MOSQUES AND BRUNEI PRIHATIN SMS CAMPAIGN

 

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 31 August 2021 – Donations for the Palestine Humanitarian Fund 2021 was presented today from the Mosque Affairs Department, Ministry of Religious Affairs and from telecommunication companies namely Datastream Digital Communications Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad and Imagine Sendirian Berhad with a total amount received of BND459,532.74.

Received from the Mosque Affairs Department, were the proceeds collected from a total of 132 donation boxes placed in mosques, suraus and worship halls throughout the country, which have managed to collect total donations of BND137,028.74.

Meanwhile, DST Communications Sendirian Berhad handed over a total of BND267,451.00, in the form of donations contributed by DST customers through the Brunei Prihatin SMS campaign amounting to BND257,451.00 and contributions from DST Sdn Bhd of BND10,000.00.

Progresif Sendirian Berhad has also handed over a total of BND49,623.00 in the form of donations contributed by Progresif Sdn Bhd customers through the Brunei Prihatin SMS campaign totalling BND46,623.00, as well as contributions from Progresif of BND3,000.00.

Imagine Sendirian Berhad handed over a total of BND5,430.00 in the form of donations collected from Brunei Prihatin SMS campaign and Imagine's website portal at www.imagine.com.bn.

On this occasion, the Secretariat of the Committee for the Palestinian Humanitarian Fund 2021 would like to express its deepest appreciation and gratitude to all donors in the country whether individuals, groups, departments, organizations, bodies or companies on the contributions to the fund. Insya'Allah, with the sincere donations that have been given, the donors will be duly rewarded from Allah Subhanahu Wata'ala as well. Amen.

Attachments
Created at 8/31/2021 2:45 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/2/2021 4:27 PM by Lee Chin Foo