Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERTANDINGAN BERCERITA FOKLOR ASEAN 2018

‚ÄčFoklor-DBP Pengarah.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Mei 2018 - Cerita Singapura, Kota Singapura (Singapura) yang dibawakan oleh Dayang Siti Maisarah binti Mohammad Asnawi dari Sekolah Rendah Datu Ratna Mohd. Jaafar Kiarong dan cerita Ma Pu Kywe and Little Snail (Myanmar) oleh Awangku Muhammad Aqil Nurfail bin Pengiran Hasnul Bahrin dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) masing-masing muncul juara bagi Kategori 'A', Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris pada Pertandingan Bercerita Foklor ASEAN 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, di sini.

Bagi naib juara dan tempat ketiga kategori 'A' dimenangi oleh Awang Muhammad Amin Waie bin Haji Mohammad Firman dari Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Mohd. Jaafar, Kiarong dan Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap dari Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

Foklor-Johan.male.jpg

Manakala itu, naib juara dan tempat ketiga kategori 'B' disandang oleh Awang Muhammad Waiz Amani bin Aminuddin dari SUAMPRIPAD dan Dayang Nadia Pang binti Muhammad Rais Pang @ Pang Suk Hui dari Sekolah Saint Andrew's.

Para pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai BND500, BND400, BND300 serta sijil.

Terdahulu, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak dalam ucapannya menyatakan Pertandingan Mari Bercerita merupakan salah satu projek tahunan DBP yang diungkayahkan oleh Bahagian Perpustakaan sejak tahun 1983.

Sementara itu, pertandingan bercerita foklor ASEAN yang julung-julung kalinya diadakan katanya adalah inisiatif DBP dalam menyediakan platform bagi membangunkan psikologi positif, mendorong perkembangan kognitif dan psikomotor peserta dalam memaparkan potensi serta kebolehan masing-masing.

Foklor-male contestant.jpg

Jelasnya, ia bertujuan untuk mengetengahkan dan menyerlahkan cerita-cerita rakyat negara-negara ASEAN terutamanya kepada generasi muda di negara ini dan sekali gus mengenali kebudayaan, sejarah dan sosio-ekonomi negara-negara ASEAN.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pertandingan tersebut adalah bersempena dengan Pengisytiharan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN bagi Tahun 2017 / 2018.

Foklor-students.3.jpg

Attachments
Created at 5/16/2018 9:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/16/2018 9:38 AM by Lee Chin Foo