Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM SENTIASA DIPEDULI

Airport Mall-05.06.18-1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Jun 2018 - Kebajikan anak-anak yatim di negara ini sentiasa terpelihara terutama dalam bulan suci Ramadan yang mulia ini apabila banyak pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan.

Seramai 73 anak yatim dari Mukim Berakas 'A' menerima sumbangan daripada beberapa buah syarikat swasta, iaitu Normezan Event Management dan Samima Sdn. Bhd.

Hadir menyampaikan sumbangan pada Majlis Derma Anak-anak Yatim dan Penyungkaian bertempat di Airport Mall, di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan disusuli dengan Berbuka Puasa bersama para penerima.

Melalui sumbangan tersebut, ia dihasrat agar dapat membantu anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan agar dapat memberikan sinar kegembiraan dan keceriaan bagi mereka serta keluarga dalam menyambut Syawal yang akan datang.

Airport Mall-05.06.18-4.jpg

Airport Mall-05.06.18-3.jpg

Airport Mall-05.06.18-2.jpg

Attachments
Created at 6/7/2018 9:59 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/7/2018 10:02 AM by Lee Chin Foo