Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BERSUNGKAI BERSAMA MURID PUSAT BAHAGIA

Sungkai Dewan Digadong-06.06.18.3.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Mohamad Azmi Awang Damit – Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Jun 2018 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) petang tadi telah mengadakan Majlis Bersungkai Bersama Murid, Pelatih serta ibu bapa dan penjaga Pusat Bahagia Daerah Brunei dan Muara di Dewan Digadong KKBS.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; pegawai-pegawai kanan KKBS; Pengerusi Syarikat YMRM, Awang Ramesh Jiwatram Bhawani; wakil Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu, serta murid dan pelatih Pusat Bahagia bersama ibu bapa.

Sungkai Dewan Digadong-06.06.18.5.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Awangku Md. Syukri bin Pengiran Damit, Murid Orang Kelainan Upaya (OKU) Down Syndrome Pusat Bahagia, manakala Doa Tahlil dan Doa Selamat dibacakan oleh Guru Agama Pusat Bahagia Brunei Muara, Awang Haji Nuurmatin bin Haji Abu Bakar.

Sungkai Dewan Digadong-06.06.18.1.jpg

Di majlis tersebut seramai 156 orang murid dan pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei-Muara menerima sampul Hari Raya Aidilfitri hasil kutipan derma Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-Ahli Bersekutu.

Pada masa yang sama, hadiah berupa beg cenderahati (goodie bag) dan derma sumbangan Syarikat YMRM turut disampaikan oleh pengerusi syarikat berkenaan.

Majlis seumpama ini dihasrat akan dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada murid-murid dan para pelatih OKU dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah.

Selain itu, majlis ini juga diharap akan dapat meningkatkan keyakinan golongan OKU untuk berhadapan dengan masyarakat dan seterusnya mengeratkan hubungan mereka dengan masyarakat.

Sungkai Dewan Digadong-06.06.18.4.jpg

Attachments
Created at 6/7/2018 1:38 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/7/2018 1:42 PM by Lee Chin Foo