Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DUA SYARIKAT TAJA MAJLIS BERSUNGKAI DI PUSAT BAHAGIA

‚ÄčDewan Darul Ifrah. Pusat Bahagia07.06.18-1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Hj Abd Hamid - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

PULAIE, Khamis, 7 Jun 2018 - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) petang tadi menganjurkan Majlis Bersungkai bersama murid- murid dan pelatih-pelatih Pusat Bahagia Daerah Brunei Muara yang ditaja oleh Syarikat Borneo United Enterprise Sendirian Berhad, Syarikat Hasmit Electrial & Lighting dan Syarikat Dee Jay Sendirian Berhad berlangsung di Dewan Ifrah, Pusat Bahagia Kampong Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

Dewan Darul Ifrah. Pusat Bahagia07.06.18-3.jpg

Dewan Darul Ifrah. Pusat Bahagia07.06.18-2.jpg

Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norliha binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir; Pengerusi Syarikat Borneo United Enterprise Sendirian Berhad, Stanley Um Hock; Pengerusi Syarikat Hasmit Electrical & Lighting Steven Huong Hau Yiew; Pengurus Syarikat Dee Jay Sendirian Berhad, Awang Haji Mohammad bin Haji Hidup, para pegawai kanan dan kakitangan di KKBS dan JAPEM serta murid dan pelatih pusat tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai diketuai oleh murid OKU Intelek dari Pusat Bahagia, Awang Md. Alif bin Haji Taha.

Majlis diteruskan dengan doa tahlil dibacakan oleh Ketua Guru Ugama Pusat Bahagia, Awang Nuurmatin bin Haji Abu Bakar serta persembahan tausyeh dari pelatih-pelatih lelaki Pusat Bahagia Brunei Muara dan kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Acara diselajurkan dengan penyamaian sampul Hari Raya Aidilfitri disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan serta Pengurus dan pengerusi-pengerusi syarikat penaja kepada 100 murid Pusat Bahagia.

Majlis seumpama ini dihasratkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melihat kecerian dan kegembiran yang jelas digambarkan setiap murid dan pelatih.

Selain itu majlis seumpamanya juga merupakan peluang bagi para tetamu untuk sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan bersama murid dan pelatih-pelatih pusat itu.

Dewan Darul Ifrah. Pusat Bahagia07.06.18-4.jpg

Dewan Darul Ifrah. Pusat Bahagia07.06.18-6.jpg

Attachments
Created at 6/9/2018 11:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/9/2018 12:03 PM by Lee Chin Foo