Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ANAK YATIM, OKU DIRAIKAN

Stadium05.07.18-2.jpgBerita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BERAKAS, Khamis, 5 Julai 2018 - Golongan anak yatim dan orang kelainan upaya di negara ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak bagi meringankan beban mereka dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, seramai kira-kira 200 anak yatim dan orang kelainan upaya menerima sumbangan derma pada majlis yang dianjurkan Harini Catering Services di Restoran Stadium, di sini.

Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat majlis.

Terdahulu, pihak-pihak syarikat swasta dan orang persendirian yang berkenaan menyerahkan sumbangan mereka ke Tabung Anak Yatim Kebangsaan dan Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.

Menerima sumbangan bagi pihak Tabung Anak Yatim Kebangsaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir.

Manakala, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim menerima sumbangan bagi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.

Jumlah sumbangan yang terkumpul ialah BND9,968 bagi Tabung Anak Yatim Kebangsaan dan BND8,468 bagi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.

Acara juga diselajurkan dengan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Anak-anak Yatim dan Orang-orang Kurang Upaya serta Anak-anak Istimewa.

Stadium05.07.18-5.jpg

Stadium05.07.18-4.jpg

Stadium05.07.18-1.jpg

Attachments
Created at 7/7/2018 2:55 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/7/2018 2:55 PM by Lee Chin Foo