Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BRUNEI LNG KUKUH HUBUNGAN PADA SAMBUTAN HARI RAYA

[Sumber: Media Permata]

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai 2018 – Bagi mengukuhkan hubungannya bersama pihak-pihak berkepentingan pada bulan Syawal ini, Brunei LNG Sdn Bhd telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club Jerudong, baru-baru ini. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian, Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw; para pegawai kanan dan perwakilan dari pelbagai agensi kerajaan, kedutaan dan suruhanjaya tinggi serta pihak berkepentingan lain dari sektor swasta.

Kedatangan pada tetamu telah dialu-alukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn Bhd, Patrice Girard bersama pihak pengurusan serta para pegawai Brunei LNG.

Attachments
Created at 7/10/2018 4:37 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/10/2018 4:40 PM by Lee Chin Foo