Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN FUTSAL RED BULL WARRIORS LABUH TIRAI

​[Sumber: Media Permata & Borneo Bulletin]

Berita: Mohamad Asyramisyanie - Media Permata

Foto: Khairil Hassan - Borneo Bulletin

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai 2018– Acara kemuncak Kejohanan Red Bull Warriors 2018 telah berlangsung semalam di Sekolah Antarabangsa Brunei yang menyaksikan pasukan-pasukan futsal teratas dalam kejohanan ini berentap bagi meraih kejuaraan.

PertCech muncul sebagai penjaga gol terbaik dengan 299 mata, manakala A.B. dianugerahkan top assist dengan 26 mata sementara Intern muncul sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik apabila berjaya menjaringkan 47 gol dan mengumpul 276 mata.

Hadir menyempurnakan perasmian perlawanan akhir dan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang di majlis berkenaan adalah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Red Bull Weekend Warriors merupakan perlawanan bola sepak yang dianjurkan bagi kejohanan futsal amatur berskala besar di negara ini dan setakat ini berjaya mengumpulkan sejumlah 2000 pemain sejak ia mula diperkenalkan.

Para pemain perlu menghabiskan 143 perlawanan yang telah dimulakan sejak 1 Julai 2017 dan para pemain akan meraih mata bagi membolehkan mereka bersaing secara individu bagi meraih hadiah pemain terbaik, penjaring terbanyak, assist terbanyak dan penjaga gawang terbaik.

Attachments
Created at 8/1/2018 9:59 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/1/2018 10:12 AM by Lee Chin Foo