Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PAMERAN HARI BELIA KEBANGSAAN HIMPUNKAN USAHAWAN BELIA

‚ÄčHari Belia-view exhibit.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali -KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Ogos 2018 - Perhimpunan Ramah Mesra sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan kali ini mengetengahkan Pameran Keusahawanan dan Kepimpinan dan Pameran Ekosistem Keusahawanan yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat menyaksikan pameran tersebut.

Pada tahun ini terdapat dua komponen utama bagi Perhimpunan Ramah Mesra iaitu Pameran Keusahawanan dan Kepimpinan dan Pameran Ekosistem Keusahawanan.

Fokus bagi Perhimpunan Ramah Mesra Belia menampilkan 34 orang golongan usahawan belia yang telah mencapai kejayaan tinggi di dalam bidang keusahawanan dengan mengekalkan konsep interaksi di antara usahawan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kluster Tumpuan Pameran Keusahawanan dan Kepimpinan menumpukan kepada beberapa bidang antaranya adalah sektor pertanian, sektor minyak dan gas, sektor petrochemical (produk minyak dan gas), sektor penyediaan perkhidmatan, sektor makanan dan minuman, sektor informasi dan teknologi, sektor perubatan, sektor sukan, sektor pendidikan dan sektor fesyen.

Hari Belia-usahawan.6.jpg

Hari Belia-usahawan,2.jpg

Selain daripada bidang-bidang sektor di atas, perhimpunan pada tahun ini juga turut mempamerkan beberapa bidang yang dilihat sebagai industri yang sedang membangun.

Perhimpunan itu bertujuan untuk menghimpunkan usahawan belia yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang keusahawanan serta usahawan belia yang mempelopori industri-industri baharu untuk berkongsi kejayaan dan pengalaman sesama mereka khusunya kepada para pengunjung.

Antara yang mengikut pameran tersebut ialah KindyKare International, Mumtaz Collections dan Covered by Annisa.

Hari Belia-usahawan.1.jpg

Hari Belia-usahawan.4.jpg

Attachments
Created at 8/2/2018 2:13 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 8/2/2018 2:13 PM by Lee Chin Foo