Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN GOLF AMATUR PIALA AUDI QUATTRO KALI KE-8 TAHUN 2017

pemberian cek.png

[Sumber: Media Permata]

Teks: Mohamad Asyramisyanie

Foto: Rahwani Zahari

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Gandingan Latif Ghariff dan Haji Mohd Som dengan 43 mata muncul juara Kejohanan Golf Amatur Piala Audi Quattro kali ke-8 tahun 2017 anjuran TCY Motors Sdn Bhd, yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Brunei di Jerudong di sini.

Kedua-dua pemain yang berganding ini secara tidak langsung melayakkan diri menyertai peringkat akhir dunia di Mexico yang bakal diadakan bermula 1 hingga 5 Disember 2017 di Quivira Golf Club Los Cabos.

Tempat kedua dengan 42 mata di sandang oleh gandingan Pengiran Ahmad Zaki Pengiran Jambol dan Kim Wonk, manakala di tempat ketiga ialah gandingan Haji Amir Osman dan Pengiran Saiful Rizal.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah serta cek sumbangan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Lebih 90 pasukan menyertai kejohanan kali ini dan hasil kutipan daripada penganjuran acara berkenaan adalah $22,200, yang kemudiannya akan disalurkan kepada Badan Dana Hal Ehwal Kebangsaan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang disampaikan oleh pengerusi bersama jawatankuasa kejohanan, Haji Ya’akub bin Haji Jumat kepada tetamu kehormat.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi kemudiannya menyerahkan cek berkenaan kepada JAPEM yang diterima oleh Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir.

Attachments
Created at 10/3/2017 9:32 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/11/2017 9:29 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan