Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SKBD KE-4 LABUHKAN TIRAI

‚ÄčSKBD Closing08.09.18-Dato Speech.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan
Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

TUTONG, Sabtu, 8 September 2018- Kejohanan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-4, 2018 yang bermula secara rasminya pada 1 September lalu, menutup tirainya dengan Upacara Penutupan Rasmi yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat menutup rasmi sukan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi sukan berkenaan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pegawai-pegawai Daerah; Yang Dipertua dan Setiausaha Agung Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Atur Cara penutupan rasmi dimulakan dengan perlawanan peringkat akhir sukan olahraga bagi acara 4 x 100 Meter Wanita; 4 x 100 Meter Lelaki dan 4 x 400 Meter Lelaki diikuti dengan penyampaian pingat sukan olahraga yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

SKBD Closing08.09.18-female relay.jpg

SKBD Closing08.09.18-male relay123.jpg

SKBD Closing08.09.18-relay 123.jpg

Acara diteruskan dengan penyampaian pingat kepada Olahragawati SKBD Ke-4, Chai Xin Rou, Ashley, Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) yang mendapat tujuh pingat emas dalam Sukan Renang dan Olahragawan SKBD Ke-4, atlet dari Kontinjen Daerah Temburong, Nikles Christian Nazaro yang mendapat enam pingat emas juga dalam Sukan Renang.

SKBD Closing08.09.18-Olahragawan.jpg

SKBD Closing08.09.18-Olahragawati.jpg

Acara kemuncak ialah pengumuman kedudukan pingat dan juara keseluruhan serta penyampaian Piala Rebutan SKBD Ke-4, 2018 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Kontinjen Daerah Brunei dan Muara muncul Johan SKBD Ke-4 dengan mengutip 52 pingat emas, 65 perak dan 70 gangsa; naib johan, Kontinjen MS SSBD dengan 36 pingat emas, 37 perak dan 38 gangsa dan tempat ketiga, Kontinjen Institusi Pengajian Tinggi dengan 28 pingat emas, 20 perak dan 31 gangsa.

Upacara diakhiri dengan pengisytiharan penutupan rasmi yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

SKBD merupakan kejohanan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh KKBS bersama Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam untuk membina serta memajukan tahap dan prestasi ahli-ahli sukan di negara, di samping penglibatan masyarakat Brunei.

Sukan ini mempunyai taraf pertarungan yang tinggi dengan penyertaan ahli-ahli sukan seluruh negara secara berkontinjen, di samping membentuk golongan ahli sukan yang berwibawa.

Antara tujuan SKBD adalah untuk mewujudkan usaha pembangunan dan perkembangan bakat-bakat atlet secara bersama, melalui persaingan yang sihat ke arah membentuk kecemerlangan dan kegemilangan sukan negara.

Sukan kali ini mempertemukan 3,556 peserta, pegawai dan jurulatih daripada 12 kontinjen yang menyertainya dengan merebut 937 pingat, iaitu 281 pingat emas, 281 pingat perak dan 375 pingat gangsa.

Dengan adanya sukan ini menjadikan negara sebagai sebuah destinasi sukan yang efisien, aktif dan beridentiti ke arah meningkatkan prestasi dan kualiti ahli-ahli sukan dalam mencari kecemerlangan sukan di negara ini.

Ia juga sebagai medan untuk memilih ahli sukan berkelayakan, bagi mewakili negara di peringkat serantau dan antarabangsa.

Setentunya penyertaan kontinjen-kontinjen bukan hanya dapat memeriahkan dan menyemarakkan lagi SKBD ini, tetapi juga sama-sama memajukan sukan tanah air ke tahap yang lebih cemerlang.

SKBD Closing08.09.18-athletes.1.jpg

SKBD Closing08.09.18  (4).jpg

SKBD Closing08.09.18-athletes.2.jpg

Attachments
Created at 9/10/2018 12:10 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/12/2018 2:19 PM by Lee Chin Foo