Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DIDIK BELIA KE ARAH KHIDMAT BAKTI KEMASYARAKATAN, KEUSAHAWANAN

‚ÄčProgram Bas Belia09.09.18-DATIN giving speech.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif

Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman-Penerangan & Pg Suhaimi bin Pg Othman-KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 September 2018- Seramai 42 belia, yang berumur di antara 16 hingga 20 tahun dari keempat-empat daerah menyertai Program Bas Belia 2018 selama tujuh hari bermula pada 8 hingga 14 September 2018.

Sehubungan itu, Majlis Pelepasan program tersebut berlangsung di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), di sini.

Program Bas Belia-kkbs.09.09.18.jpg

Hadir menyempurnakan pelepasan tersebut dan selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Terdahulu sebelum para peserta berlepas ke destinasi pertama, iaitu Daerah Temburong, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila dalam ucapannya antara lain berkata, para peserta merupakan perintis bagi program tersebut, yang mana ia merupakan satu tanggungjawab bagi mereka.

Beliau juga berharap agar para peserta program tersebut mengambil peluang untuk belajar semasa program ini diadakan termasuk pendedahan pada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keusahawanan.

Program Bas Belia 2018 dianjurkan oleh KKBS dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Jabatan Daerah di keempat-empat daerah buat julung kalinya.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada Program Pertukaran Belia Daerah-daerah yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai salah satu langkah permulaan untuk menuju ke arah pecambahan program ke peringkat Borneo dan mengorak perbentukan belia yang Syumul dan cemerlang.

Para peserta program terdiri daripada 30 lelaki dan 12 perempuan, iaitu 18 belia dari Daerah Brunei dan Muara, lima dari Daerah Belait, 11 dari Daerah Tutong dan tujuh dari Daerah Temburong, yang mana ia sebagai lambang perpaduan dan integrasi dengan menjelajah ke seluruh negara berlandaskan pada Enam Bidang Strategi Penting dalam Dasar Belia Negara.

Program Bas Belia-kkbs.09.09.18-Participants.jpg

Objektif Program Bas Belia diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan ke arah perkembangan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman, di samping menanam semangat dalam diri dan pendedahan di dalam memberikan khidmat kepada masyarakat serta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi identiti, budaya dan masyarakat di daerah-daerah.

Program tersebut bermula di Perkampungan Sukan, Kompleks SNHB dan akan bergerak ke Daerah-daerah Temburong, Belait, Tutong dan berakhir di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Antara pengisian program termasuklah taklimat pengenalan program, sesi suai kenal, sesi pertemuan bersama Yang Berhormat dan Pegawai Daerah dari keempat-empat daerah, aktiviti kerohanian dan keagamaan, aktiviti pembangunan diri dan kepimpinan, sesi bual bicara bersama usahawan tempatan, sesi perbincangan berkumpulan, aktiviti sukan dan cabaran fizikal, aktiviti asas keusahawanan, 'homestay', aktiviti lawatan dan kebudayaan, aktiviti khidmat kepada masyarakat dan sebagainya.

Program Bas Belia-kkbs.09.09.18-group photo.jpg

Attachments
Created at 9/10/2018 2:02 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/13/2018 2:45 PM by Lee Chin Foo