Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SCOT BERJAYA KUMPUL TIGA TAN BARANGAN KITAR SEMULA

‚ÄčGreen Xchange-09.09 (11).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan 

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 September 2018 - Sejak Projek Green Xchange anjuran Society for Community Outreach and Training (SCOT) dilaksanakan pada tahun 2011, sebanyak 46,000 kilogram barangan kitar semula daripada 10 buah kampung di Daerah Brunei Muara berjaya dikumpul.

Projek Green Xchange Ke-10 pada tahun ini berjaya mengumpulkan sebanyak tiga tan (3,000 kilogram) barangan kitar semula, termasuk kertas, botol-botol plastik, aluminium dan barangan besi daripada penduduk di Mukim Sungai Kebun.

Green Xchange-09.09.18-papers collected.jpg

Green Xchange-09.09.18-bottles collected.jpg

Green Xchange-09.09.18-scrap collected.jpg

Sehubungan itu, Majlis Penutup Green Xchange Ke-10 diadakan di Masjid Al-Muhtadee Billah, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Dalam ucapan alu-aluan Pengurus Projek Green Xchange Ke-10, Dayang Amalina Khairunnisa binti Haji Sirat berkata kejayaan pada fasa pertama projek tersebut, SCOT buat julung kalinya menjemput orang ramai untuk ikut serta mendermakan barang-barang kitar semula mereka.

''Alhamdulillah, pihak kami telah berjaya mengumpul sekitar tiga tan (3,000 kilogram) barang-barang kitar semula dan hasil daripadanya akan didermakan kepada komuniti yang kurang berkemampuan di Negara Brunei Darussalam,'' jelasnya.

Beliau juga menggalakkan para sukarelawan supaya bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kerana melalui persatuan tersebut mereka dapat dibimbing menjadi lebih berani untuk menceburkan diri dalam bidang kemasyarakatan.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sijil-sijil kepada para penaja projek berkenaan.

Projek Green Xchange Ke-10 menyiapkan fasa kedua projek persatuan tersebut di Mukim Sungai Kebun yang disasarkan kepada penduduk kampung terpilih di Negara Brunei Darussalam.

Seramai 80 belia berusia 18 hingga 25 tahun terlibat dalam projek berkenaan, bertujuan untuk menggalakkan penduduk kampung mengumpul barangan kitar semula mereka dan ditukarkan menjadi komoditi seperti beras.

Green Xchange-09.09 (16).jpg

Turut hadir semasa majlis penutup tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara; pegawai-pegawai kerajaan; penyokong dan penaja Green Xchange Ke-10; mantan pengurus Projek Green Xchange; penduduk Mukim Sungai Kebun; sukarelawan-sukarelawan Green Xchange Ke-10 serta para ahli eksekutif dan jawatankuasa SCOT.

Green Xchange09.09 (4).jpg

Green Xchange-09.09 (17).jpg


Attachments
Created at 9/10/2018 2:29 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 9/12/2018 2:00 PM by Lee Chin Foo