Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Grand Borneo Bermula

DSC_0838 (3).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Oktober. - Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Grand Borneo (The Grand Borneo Invitational Challenge Basketball Championship) bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta menyaksikan sebanyak empat buah pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan yang bermula hari ini hingga 14 Oktober 2017.

Negara Brunei Darussalam diwakili oleh pasukan Beruang Blazers manakala negara jiran Malaysia dan Indonesia diwakili oleh pasukan Kuching Lord Tiger, Miri King Kong dan Pontianak Vois.

Pembukaan rasmi kejohanan tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, berlangsung di Stadium Tertutup, Berakas, malam ini.

Perasmian kejohanan menyaksikan pembukaan perlawanan di mana Beruang Blazers bertemu dengan Kuching Lord Tigers manakala Miri King Kong bertemu Vois Pontianak.

Dianjurkan oleh Soon Lee Group of Companies dengan usahasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Keranjang Brunei, kejohanan antara lain bertujuan untuk mempamerkan bakat-bakat para pemain Bola Keranjang di kepulauan Borneo di samping menurunkan pemain kebangsaan dalam sukan ini.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke Stadium Tertutup untuk memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan yang menyertai di mana perlawanan bermula pada jam 8.00 malam dan kemasukan adalah percuma.
Attachments
Created at 10/10/2017 2:06 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 10/10/2017 2:08 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan