Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KKBS AMBIL LANGKAH MEMBISAIKAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN HALA TUJU

kkbs n MMn10.10.18-1.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Oktober 2018 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengambil langkah-langkah dalam membisaikan perancangan strategik dan hala tuju kementerian tersebut,  bukan sahaja melalui muzakarah dalaman dengan kesemua Jabatan dan Bahagian malahan ianya juga dilaratkan kepada rakan-rakan strategik termasuk pihak kerajaan, bukan kerajaan dan NGO dalam memastikan apa jua yang dilaksanakan adalah hasil daripada pendekatan senegara (inklusif).

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa Sesi Permuzakarahan antara KKBS bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang diketuai  oleh Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei (PSB), di sini.

kkbs.mmn10.10.18-3.JPG

Pada masa yang sama tambah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, KKBS juga telah membuat beberapa penelitian agar return of investment atau timbal balik boleh dinilai yang mana dengan cara itu, akan memberikan gambaran yang lebih baik dan sebenar terhadap hasil-hasil Kementerian itu dan juga pihak-pihak rakan strategik, khususnya NGO's.

"Kementerian ini amat berharap untuk menyahut hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar semua pihak akan  menjalankan amanah kita sebagai satu pasukan, bukan secara silo atau berseorangan atau bergerak bersendirian," tekan Yang Berhormat lagi.

Pada sesi muzakarah tersebut, Yang Berhormat telah menjelaskan beberapa usaha KKBS selepas Sesi MMN yang lepas, antaranya langkah-langkah untuk meningkatkan usaha dalam menyumbang kepada pembangunan negara, dari segi perekonomian; kepentingan belia kepada negara; mengoptimasikan penggunaan prasarana kementerian itu melalui pendekatan inklusif dan sukan-sukan yang telah mengharumkan nama negara sekaligus menjana ekonomi.

kkbs.mmn10.10.18-5.JPG

Menurut Yang Berhormat, kepentingan gandingan bersama rakan-rakan strategik amatlah ditekankan untuk meningkatkan usaha dalam menyumbang kepada pembangunan negara termasuk dalam membuka peluang keusahawanan belia.

Dalam jangka masa yang panjang tambahnya, pemantauan akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pandu Keusahawanan Belia, yang mana dipengerusikan oleh Yang Berhormat sendiri dan timbalannya ialah Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian yang mana matlamatnya adalah usahawan belia yang akan  dipantau, dibantu dan di mentor ke arah kejayaan dan berdaya tahan.

Dalam mendokong hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menghidupkan semula program Peladang Muda jelasnya, KKBS telah meningkatkan lagi kerjasama dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) dan yang terbaharu, bersama syarikat-syarikat yang menjalankan perushaan pertanian untuk dijadikan sebagai rakan strategik yang mana pihak MPRT akan memberikan asas, modal tanah dan kursus bersesuaian kepada belia-belia yang berminat, sementara KKBS berperanan untuk mengenalpasti belia-belia yang berpotensi dan berminat.

Ke arah itu katanya, pihak Kementerian telah mengambil langkah untuk mempromosikan program pertanian ini kepada pelajar-pelajar di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di negara ini seperti di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), di samping membukakan tawaran kepada para belia untuk dimasukkan dalam program peladang muda dan penglibatan pihak Majlis Perundingan Kampung dalam usaha bersama ini.

kkbs.mmn10.10.18-7.JPG

"Pada masa yang sama, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga membukakan satu lagi ruang bagi penerima Bantuan Kebajikan Bulanan melalui pelaksanaan Projek Mudah dan Murah, iaitu penanaman sayur-sayuran secara hydroponic di kediaman masing-masing. Setakat ini, seramai 30 keluarga telah dikenalpasti untuk menyertai projek ini," jelasnya lagi.

Pendekatan melalui Public Private Partnership menurutnya telah pun dimulakan dengan perbincangan bersama Brunei Economic Development Board (BEDB) dan Darussalam Enterprise (DARe) dalam meneliti hasrat bagi sektor swasta untuk melaksanakan Public Private Partnership di prasarana yang di bawah tanggungjawab KKBS, antaranya adalah pengendaliannya dalam Kompleks Sukan Air Serasa, Kompleks Sukan Mumong dan Pusat Belia.

Menurut Yang Berhormat, Corporate Social Responsibility syarikat-syarikat turut diberikan keutamaan dalam sama-sama menyumbang kepada inisiatif-inisiatif yang dikendalikan oleh Kementerian itu.

Kepentingan belia kepada negara turut disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mana menurutnya perkara terbut tidak dapat dinafikan dan ianya bukan sahaja ditangani oleh KKBS, malah kesemua sektor pihak Kerajaan, persendirian dan swasta yang mana telah banyak membuat pelaburan ke arah kepentingan belia.

Sehubungan itu jelasnya, mereka hendaklah menilai jika Dasar Belia Negara memberikan hala tuju yang dihasratkan bagi para belia agar ia memberikan gambaran yang sebenar kerana hasil dapatan  mendapati bahawa sebahagian besar daripada belia tidak mengetahui kewujudan Dasar Belia Negara.

Apa yang penting tambahnya, ialah untuk meningkatkan lagi langkah-langkah bagi memberigakan Dasar Belia Negara secara inklusif dan lebih berkesan yang mana KKBS telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk sama-sama membarigakannya dengan impak yang dihasratkan di kempat-empat daerah.

Kongres Belia Kebangsaan jelasnya, juga direncanakan untuk diadakan pada Februari tahun hadapan dan diharap kongres tersebut akan dapat mendengarkan suara-suara dan pandangan para belia mengenai Dasar Belia Negara dan juga hala tuju serta sumbangan yang dapat diberikan oleh mereka ke arah pembangunan negara.

Menurutnya lagi, demi untuk membantu para belia yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan secara khasnya, hala tuju Pusat Pembangunan Belia sedang dikemaskinikan dalam memastikan lepasan PBB lebih employable dan marketable.

Pendedahan para belia untuk mengenali lebih dekat lagi identiti, budaya dan masyarakat di kesemua daerah jelasnya, telah dilaksanakan melalui Program Bas Belia yang diperluaskan penyertaannya dan ini dengan sendirinya dapat menarik belia untuk lebih mengenali negara kita sendiri.

Yang Berhormat seterusnya menyentuh tentang mengoptimasikan penggunaan prasarana KKBS melalui pendekatan inklusif yang melibatkan return of investment.

"Oleh itu, penggunaan prasarana di Kementerian ini telah pun diteliti. Sebagai contoh, Pusat Masyarakat Bestari dan Pusat Kegiatan Warga Emas.  Kita amat bersyukur dan berbangga terhadap langkah proaktif golongan warga emas dalam sama-sama menjayakan Pusat Kegiatan Warga Emas dan Pusat Masyarakat Bestari di mana sambutannya amat memberangsangkan. Mereka juga sama-sama berperanan dalam menambah nilai Pusat Masyarakat Bestari dan Pusat Kegiatan Warga Emas ke arah menyokong pihak belia dalam peningkatan pengongsian kemahiran bersama para belia. Hasrat kita pada masa yang akan datang ialah penubuhan Pusat Masyarakat Bestari di Daerah Temburong dalam masa yang terdekat," ujarnya lagi.

Penelitian mengoptimasikan kegunaan Kem Kekal Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) katanya, telah pun tercapai dengan kelulusan kaedah penggunaan Facilities Rental System (FRS) dimana penggunaan oleh Pihak Kerajaan ditetapkan dalam kadar percuma dan dibukakan bagi penyewaan orang ramai bermula bulan September baru-baru ini yang mana dihasratkan bagi Rakyat Daerah Temburong secara khususnya dan Rakyat Negara Brunei Darussalam secara amnya, akan dapat melihat dan merasa penggunaannya sepenuhnya nanti.

Pihak Kerajaan juga tambahnya, telah meluluskan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi penaiktarafan Muzium Kota Batu dan Galeri Seni di Dermaga yang menampakkan komitmen negara untuk melangkah lebih jauh dalam memelihara sejarah kita, memberi peluang bagi menyerlahkan lagi kesenian kita, dan seterusnya mencorak langkah positif ke arah sektor pelancongan dengan menambahbaik dan mengoptimasikan bangunan-bangunan ikonik berkenaan.

Kementerian tersebut juga jelasnya,  bekerjasama dengan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya dalam perancangan penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU) termasuk pembinaan sebuah bangunan kekal OKU di Kampung Rimba untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada OKU.

"Dalam usaha memajukan keupayaan atlet negara agar setanding dengan atlet negara antarabangsa, Kementerian ini telahpun mengenalpasti beberapa pembaikan dan perubahan kepada kaedah penilaian keupayaan dan potensi atlet," jelasnya lagi.

Kaedah sainstifik ke arah pembangunan atlet katanya, telahpun dipertingkatkan kegunaanya, di samping KPI atau sasaran digunakan secara sepenuhnya khususnya kepada para jurulatih, atlet dan persatuan.

Apa yang penting tekannya, ialah memberikan ketuamaaan keapda pembangunan sukan (sports development) dan kita melihat Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam telah berjaya dan mendapat perhatian, selain dijadikan sebagai platform untuk mencari bakat dan sekaligus, membuka ruang untuk berkerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan.

kkbs.mmn10.10.18-6.JPG

"Alhamdulilah, kita juga telah berjaya menganjurkan sukan di peringkat serantau iaitu Piala Hassanal Bolkiah (HBT) Kejohanan Bola Sepak bagi Belia ASEAN 2018 dan AFF Suzuki Cup Qualifying Rounds.  InsyaaAllah, negara akan menjadi tuan rumah bagi Perlawanan BIMPNT-EAGA Friendship Games dalam bulan Disember tahun ini," menurutnya lagi.

Dalam sesi tersebut, taklimat berhubung perkembangan sektor-sektor di bawah KKBS telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Diikuti dengan sesi dialog Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat dan pihak KKBS bagi sama-sama mencambah fikiran dan berbincang secara dua hala dalam sama-sama memberikan nilai tambah, kemanfaatan dan kesejahteraan bersama.

Terdahulu, Yang Berhormat Ahli-ahli MMN telah berkesempatan mengadakan lawatan dan meninjau dengan lebih dekat lagi galeri-galeri pameran yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei.

Sesi Muzakarah kkbs dan MMN 10.10.18-gambar ramai PS.JPG

Attachments
Created at 10/11/2018 11:05 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 10/11/2018 5:03 PM by Lee Chin Foo