Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PANDU BSB SEBAGAI IBU NEGARA KEBUDAYAAN ISLAM 2019

‚Äč01.11.18-Islam Rantau Asia.6.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 November 2018 - Bandar Seri Begawan (BSB) telah dipilih sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia untuk tahun 2019 bersama dengan Bandar-bandar di Rantau Arab and Rantau Afrika, iaitu Tunis, Republik Tunisia dan Bissau, Republik Guinea semasa Islamic Conference of Culture Ministers (ICCM) Ke-9 pada 2 hingga 4 November 2015, di Muscat, Oman.

Secara khususnya, pengiktirafan tersebut adalah satu penghormatan yang amat tinggi nilainya bagi BSB dan merupakan satu mercu tanda penting yang bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) secara amnya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu BSB sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia 2019, bertempat di Dewan DiGadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

Menurut Yang Berhormat, inisiatif tersebut adalah di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) dalam mana NBD telah menjadi Ahli sejak tahun 1985 dan sejak inisiatif itu dimulakan pada tahun 2005, pemilihan BSB merupakan kali ketiga bagi bandar di Asia Tenggara dipilih untuk menjadi Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia setelah Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2009 and Jakarta, Indonesia pada tahun 2011.

''Pemilihan ini juga mempunyai nilai tambah yang bermakna bagi NBD dan ASEAN memandangkan BSB juga telah diisytiharkan sebagai ASEAN City of Culture dari tahun 2016 hingga 2018. Ini mencerminkan status Asia Tenggara sebagai rantau yang mempunyai sejarah dan kebudayaan Islam yang sehebat seperti rantau yang lain. Apa yang turut istimewa, bandar-bandar yang telah dipilih sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi tahun 2019 akan mendapat penghormatan unik sebagai Bandar Raya Kembar (Twin City) kepada bandar Al-Quds Al-Sharif,'' ujarnya lagi.

Pemilihan BSB sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia 2019 tambahnya, adalah sinonim kepada status NBD sebagai negara Melayu Islam Beraja (MIB), yang mana pengiktirafan tersebut adalah satu peluang keemasan untuk menonjolkan budaya dan nilai-nilai kehidupan seharian kita, berlandaskan kepada Falsafah MIB yang telah kekal diamalkan untuk lebih daripada 600 tahun dan kita sendiri juga berasakan transformasi BSB dalam hubung kaitnya dalam merungkai sejarah tamadun bangsa.

Oleh itu katanya, berdasarkan sejarahnya yang gilang gemilang, serta kedudukannya yang strategik, BSB memenuhi kriteria pemilihan Bandar Raya Kebudayaan Islam seperti yang digariskan oleh ISESCO seperti pertama, mempunyai sejarah dan menunjukkan kecemerlangan kebudayaan (cultural excellence); kedua, menyumbang dalam memperkaya budaya Islam (Islamic culture) dan kemakmuran budaya manusia (human culture prosperity); ketiga, mempunyai mercu tanda ketamadunan (civilizational landmarks) dan institusi-insitusi kebudayaan; dan keempat memperlihatkan minat dalam menganjurkan kegiatan kebudayaan, pesta buku, pameran, persembahan, forum dan sebagainya.

Dalam pada itu tambahnya, peluang keemasan ini hendaklah diambil dengan sepenuhnya, khususnya dalam mengetengahkan amalan seharian orang-orang Brunei yang memang dan sudah sedia mengutamakan ajaran ugama Islam di pelbagai peringkat.

Di samping pelaksanaan beberapa aktiviti dan program khusus pada tahun 2019 terangnya, inilah peluang untuk mencerminkan BSB sebagai bandar Islam yang benar-benar tulen, terutamanya kepada mata dunia dengan sentiasa mempratikkan dan membanggakan Falsafah kita, MIB.

''Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan dan menjayakan inisiatif ini dengan kaedah Whole of Nation Approach. Dengan nasihat, pandangan serta cadangan yang holistik dan menyeluruh daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu ini, dapatlah kita merangka program and aktiviti yang benar-benar mencerminkan BSB sebagai bandar yang sentiasa mengamalkan dan berciri Ibu Negara Kebudayaan Islam. InsyaaAllah, usaha ini akan mencapai pulangan yang bermakna bagi negara kita sama ada dalam aspek 'tangible', termasuk dalam bidang Pelancongan, mahupun 'intangible', iaitu peningkatan nilai-nilai berugama dan budaya yang selaras dengan Falsafah MIB,'' ujarnya lagi.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu BSB sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia 2019 dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu BSB sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia 2019.

Mesyuarat antara lain membincangkan perkara-perkara berkaitan persediaan dalam menyambut BSB Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi Rantau Asia pada tahun 2019.

Juga hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu, BSB sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam, 2019.

01.11.18-Islam Rantau Asia.3.JPG

01.11.18-Islam Rantau Asia.8.JPG

Attachments
Created at 11/3/2018 10:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/3/2018 4:30 PM by Lee Chin Foo