Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TKBS TERIMA DERMA BND5,950

03.11.18-Derma Darussalam Holding to TBKS.2.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]‚Äč

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 November 2018 - Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) hari ini telah menerima sumbangan derma berjumlah BND5,950 hasil sumbangan daripada Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

Pada majlis penyerahan derma tersebut  yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dr. Awang Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku Pengerusi Darussalam Holdings Sendirian Berhad telah menyerahkan sumbangan derma berjumlah BND5,000 kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

03.11.18-Derma Darussalam Holding to TBKS.4.JPG

Sementara itu, sejumlah BND950 hasil sumbangan derma daripada SMALHB telah diserahkan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Sarimah binti Awang Haji Ahmad kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir dan Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan KKBS,  Muhammad Zulhilmi bin Haji Omar.

Juga hadir ialah Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Timbalan Pengetua Pentadbiran SMALHB, Dayang Hjh Azizah binti Haji Mohamad serta guru-guru dan penuntut-penuntut sekolah tersebut.

Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan derma berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid dan surau-surau; bangunan bank-bank; gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

Derma juga boleh dihantar dalam talian menerusi akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), akaun nombor 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia TKBS di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

Sumbangan  juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan PCSB. Perkhidmatan SMS ini akan berakhir pada 22 November 2018.

Bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti tabung bagi mengadakan kutipan amal, boleh mendapatkan pelekat khas dari pihak Urus Setia TKBS pada waktu pejabat.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi pihak Urus Setia TKBS dalam talian +673 2381903 sambungan  1341 / 1242 atau emel melalui pr.japem@gmail.com.

Tempoh kutipan derma ialah bermula 9 Oktober 2018 hingga 6 Januari 2019 iaitu selama 3 bulan.

Attachments
Created at 11/4/2018 9:41 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/5/2018 10:55 AM by Lee Chin Foo