Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
NEGARA TUAN RUMAH SUKAN PERSAHABATAN BIMPNT-EAGA KE-10, 2018

‚Äčlawatan ke stm tertutup-bimpnt eaga.2.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Disember 2018 - Dalam tiga hari lagi, negara akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018, iaitu bermula pada 7 hingga 9 Disember ini.

Sehubungan itu, latihan penuh Majlis Perasmian Sukan tersebut diadakan hari ini bagi memastikan kelancaran dan persiapan bagi acara pembukaan rasmi nanti.

Hadir menyaksikan latihan penuh di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Upacara pembukaan rasmi akan menyaksikan perbarisan lalu kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam dan Bendera Logo Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, negara-negara yang menyertai sukan tersebut juga pegawai-pegawai teknikal.

Pada tahun ini, sebanyak 11 kontinjen melalui wilayah masing-masing akan mewakili lima buah negara, iaitu Republik Indonesia terdiri daripada Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat dan Kalimantan Utara; Malaysia terdiri dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan; Republik Filipina terdiri daripada Mindanao dan Palawan, Northern Territory, Australia dan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Brunei Darussalam 'A' dan Brunei Darussalam 'B'.

Sukan Persahabatan kali ini akan mempertemukan lebih kurang 814 peserta, pegawai dan jurulatih, yang mana sebanyak 272 pingat, iaitu 87 pingat emas, 87 pingat perak dan 98 pingat gangsa akan menjadi rebutan sukan tersebut.

Latihan penuh juga diteruskan dengan latihan penuh Majlis Penutupan Rasmi, Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi kejohanan di 'www.bimpnt-eaga.gov.bn'.

lawatan ke stm tertutup-bimpnt eaga.1.jpg

Attachments
Created at 12/5/2018 10:05 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/5/2018 10:59 AM by Lee Chin Foo