Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BUKTIKAN KEBOLEHAN, SAINGI ATLET SERANTAU

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Disember 2018 - Atlet-atlet muda negara yang telah terpilih untuk mewakili Negara Brunei Darussalam bagi Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10 diharap akan dapat mengambil peluang berharga ini untuk membuktikan kebolehan mereka yang sebenar, bahawa mereka memang mampu berdaya saing dengan atlet-atlet serantau.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin melahirkan rasa berbangga dan berbesar hati melihat wajah-wajah baharu para atlet akan terus membawa negara ke mercu kejayaan.

''Teruskanlah komitmen tinggi, semangat dan profesionalisme biskita sebagai satu pasukan yang bergerak secara satu, berhati satu dan bermatlamat satu, iaitu untuk mengharumkan nama negara dengan kilauan pingat,'' jelas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018, berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Apa yang juga penting, tambah Yang Berhormat, para atlet hendaklah menjaga tatasusila dan kelakuan sepanjang masa.

Oleh itu, di samping mencapai yang terbaik untuk negara, jelasnya, ambillah peluang keemasan ini untuk menjadi tuan rumah yang benar-benar mencerminkan kita sebagai orang Brunei yang sentiasa berakhlak mulia, berlaku adil dan hormat menghormati dengan tetamu kita, serta menunjukkan semangat persahabatan sesuai dengan tema pada tahun ini, iaitu Friendship Through Sports.

''Kibarlah Bendera Negara Brunei Darussalam dengan penuh rasa semangat dan kebanggaan sewaktu kejohanan itu nanti dan sentiasa menanamkan mentaliti dan berfikir sebagai seorang juara bagi memastikan kita dapat meraih kejayaan yang diharapkan, seperti kata pepatah 'Kalau Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih','' tegas Yang Berhormat.

Di samping itu, Yang Berhormat juga menyarankan kepada para atlet supaya sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, terutamanya dalam 'anti-doping' dan sama sekali tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara.

''Ingatlah, kita amat berbangga dengan para atlet muda kita dan kita amat menaruh harapan kepada kejayaan dan profesionalisme biskita.

Pada masa yang sama juga perlu diingati bahawa sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kebanggaan dan penghayatan terhadap falsafah kita Melayu Islam Beraja. Inilah identiti kita yang perlu dijaga dan dikongsikan keindahannya dengan sebaiknya kepada rakan-rakan antarabangsa kita,'' ujar Yang Berhormat.

041218-Majlis Penyerahan Bendera BIMPNT-EAGA (5).jpg
041218-Majlis Penyerahan Bendera BIMPNT-EAGA (8).jpg
Attachments
Created at 12/5/2018 10:41 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/5/2018 10:42 AM by Lee Chin Foo