Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HUBUNGAN NBD - THAILAND TERUS KUKUH DAN MAJU

051218-National Day of the Kingdom of Thailand (4).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


JERUDONG, Rabu, 5 Disember 2018 - Hubungan akrab Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand jelas ketara dengan pertukaran lawatan keluarga diraja kedua-dua buah negara dengan yang terakhir ialah keberangkatan Her Royal Highness (HRH) Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand ke negara ini pada bulan November yang lalu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Kuasausaha Sementara, Kedutaan Diraja Thai di Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Rooge Thammongkol pada Majlis Resepsi sempena Sambutan Hari Kebangsaan Thailand yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel and Country Club, di sini.

051218-National Day of the Kingdom of Thailand (5).jpg

Menurutnya lagi, NBD dan Thailand mempunyai persamaan terutama dalam menghormati Raja, dan pada tahun 2019 merupakan Ulang Tahun Ke-35 Penubuhan Perhubungan Diplomatik kedua-dua buah negara.

Bagi warga Thailand, jelasnya, tarikh 5 Disember merupakan tarikh yang sangat istimewa untuk memperingati tiga peristiwa penting iaitu Ulang Tahun Mendiang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Hari Kebangsaan Kerajaan Thailand dan Thailand Father's Day.

Beliau juga menyentuh mengenai hubungan dua hala NBD dan Thailand yang terus maju dan kukuh dengan kerjasama dalam banyak bidang untuk kepentingan bersama seperti pertanian, pendidikan, makanan halal, budaya dan pelancongan.

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan datin.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan isteri seterusnya dijemput untuk bersama memotong kek sempena Hari Kebangsaan Thailand disertai oleh Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN yang lain.

051218-National Day of the Kingdom of Thailand (2).jpg

Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan pentas daripada warganegara Thai yang menetap di negara ini serta mini galeri pameran foto yang memaparkan hubungan erat keluarga diraja Brunei dan Thailand.

051218-National Day of the Kingdom of Thailand (11).jpg

051218-National Day of the Kingdom of Thailand (10).jpg

Attachments
Created at 12/6/2018 8:53 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/6/2018 11:57 AM by Lee Chin Foo