Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MASYARAKAT BERPERANAN PENTING BANTU GOLONGAN OKU

Forum HAOKU-09.01 (12).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Oleh: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Januari 2019 – Bagi meraikan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut setiap 3 Disember, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menganjurkan Majlis Forum Sempena HAOKU bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya melancarkan forum tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis perasmian forum dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Khairul Anwar bin Haji Abdul Ghafar dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Nurasilah binti Zaini.

Forum HAOKU-09.01 (9).jpg

Yang Di-Pertua Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), Dato Paduka Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, semua individu tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan adalah berhak untuk menikmati hak sama rata dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan dan peluang yang sama rata tanpa ada pengecualian dan keistimewaan kepada golongan tertentu sahaja.

Dato Paduka Haji Mohd. Alimin yang juga selaku Pengerusi Bersama Majlis tersebut seterusnya menambah, semua anggota masyarakat berperanan penting dalam membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mengatasi halangan-halangan dan mempunyai tanggapan positif terhadap kehadiran mereka.

Seramai empat ahli panel telah diundang dalam sesi forum yang bertajuk Memperkasakan OKU dan Memastikan Penglibatan dan Kesaksamaan iaitu Pegawai Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Awang Bahri bin Bohari; Naib Yang Di-Pertua Persatuan Sindrom Down (ABLE), Dayang Hajah Zaleha binti Haji Abu Salim; Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor dan Ketua Unit Rehabilitasi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Abang Muhd. Fahmy bin Abang Hepnie.


Forum HAOKU-09.01 (33).jpg

Forum antara lain membincangkan mengenai meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sepanjang hidup mereka.

Forum HAOKU-09.01 (18).jpg

Forum HAOKU-09.01 (22).jpg

Forum HAOKU-09.01 (21).jpg

Antara tujuan forum tersebut diadakan ialah untuk berkongsi ilmu pengetahuan, bertukar-tukar pandangan dan mengumpulkan maklumat-maklumat untuk hala tuju usaha-usaha penyertaan dan perkembangan OKU pada masa sekarang dan akan datang.

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap KKBS, Pemangku Pengarah JAPEM, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli MKOKU, Pengerusi-Pengeursi Persatuan-Persatuan di bawah MKOKU dan ibu bapa serta penjaga Warga OKU.

Forum HAOKU-09.01 (6).jpg

Attachments
Created at 1/9/2019 8:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2019 10:30 AM by Lee Chin Foo